Proses Tukar Hak Milik Simkad ONEXOX
Berikut adalah proses terkini untuk pertukaran hak milik simkad ONEXOX:
- Pemilik Lama & Pemilik Baru WAJIB hadir ke Center terpilih.
- Maklumat Center terpilih boleh didapati melalui:
- Careline di talian 12273
- ATAU dari senarai nama/lokasi yang dipaparkan di halaman ini.
- ATAU emelkan lokasi terkini di mana permohonan ingin dibuat, dan pihak kami akan beri maklumat yang diperlukan. Email ke: cs@onexox.my
- Pemilik Lama & Baru dikehendaki membawa Kad Pengenalan / Pasport masing-masing. Salinan Kad Pengenalan / Pasport TIDAK diterima.
- Pemilik Asal & Baru boleh mengisi borang permohonan pertukaran hak milik di Center terpilih.
- Pemilik Asal & Baru perlu melengkapkan borang permohonan dan proses seterusnya akan dibuat oleh pihak Center.
- Menyatakan sebab untuk membuat permohonan pertukaran hak milik.
- Menyatakan status hubungan dengan pemilik lama.
Proses Tukar Hak Milik Bagi Penama Yang Telah Meninggal Dunia
Untuk tukar hak milik bagi penama yang telah meninggal dunia:
- Pemilik Baru perlu hadir ke Center dan melampirkan kad pengenalan.
- Perlu bawa Sijil Kematian asal pemilik yang telah meninggal dunia.
- Bawa kad SIM fizikal
Caj Perkhidmatan & Tempoh Proses Permohonan
- Bayaran perkhidmatan dikenakan sebanyak RM5 bagi setiap permohonan. Bayaran hendaklah dibuat kepada pihak Center terpilih.
- Proses permohonan akan mengambil masa 3 hari waktu berkerja selepas pihak HQ menerima maklumat lengkap daripada pihak Center.
- Status permohonan boleh disemak oleh pengguna melalui pihak Center dan Careline di talian 12273.