APN (Access Point Names) berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan peranti dengan server telco untuk capaian internet jalur lebar.

Telco ONEXOX secara asasnya menggunakan APN tersedia daripada Celcom. Namun, ONEXOX juga ada tetapan APN tersendiri.

Jika anda mengalami isu dengan kelajuan internet, anda boleh cuba ubah APN di peranti yang anda gunakan dengan setting APN yang disediakan oleh ONEXOX.

Setting APN untuk ONEXOX

Berikut setting secara manual yang perlu dilakukan sekiranya peranti yang anda gunakan tidak dapat membuat tetapan APN secara automatik.

Android:

Settings > More > Mobile Network > Access Point Names > +

Tetapan APN 1 Tetapan APN 2
Name : XOX Name : XOX4G
APN : XOX APN : XOX4G


iOS / iPhone:

Settings > Cellular > Cellular Data Options > Cellular Network > APN

atau

Settings > Mobile Data > Mobile Data Options > Mobile Data Network > APN

Tetapan APN 1 Tetapan APN 2
APN : XOX APN : XOX4G


Edit APN sedia ada, atau buat APN baru (Create new APN). Kemudian 'Save' dan aktifkan APN yang baru dibuat.

Disarankan restart phone setelah mengubah setting APN.


Panduan Setting APN ONEXOX

Anda juga boleh dapatkan Setting APN bagi sebarang model telefon bimbit dengan menghubungi Khidmat Pelanggan ONEXOX di talian:

(Dari Talian XOX)

12273


(Dari Talian Telco Lain)

1300 888 010