Majlis Penyerahan Sijil Patuh Shariah ONEXOX

1. Harga Kad SIM dan Tambah Nilai

  • Harga jualan kad SIM daripada pengedar kepada pengguna adalah RM10.
  • Harga jualan tambah nilai adalah berdasarkan kepada nilai muka.

PENILAIAN SYARIAH :
  • Akad ini adalah jual beli musawamah/mutlak di antara onexox selaku penjual dan pengedar selaku pembeli.
  • Ianya merupakan akad dimana penjual tidak menyebut harga pokok dan keuntungan yang diperolehinya.
  • Akad ini dan juga keuntungan runcit jualan yang diperolehi adalah sah disisi Syara’.

2. Pembelian 'validity' atau pemanjangan tempoh sah

  • Pengguna boleh membeli pemanjangan tempoh sah 6 bulan pada harga RM18.
  • Pengguna boleh membeli pemanjangan tempoh sah 12 bulan pada harga RM25.

PENILAIAN SYARIAH :
  • Akad kepada jual beli ini ialah berasaskan sewaan ( إِجَارَة ).
  • Pengguna membeli dan memiliki nombor, maka nombor tersebut telah menjadi hak pengguna.
  • Untuk menjadikan nombor pengguna tersebut aktif dan berfungsi, mereka perlu menyewa fungsi 'validity' iaitu tempoh sah yang dihasilkan oleh sistem yang dimiliki oleh syarikat One XOX.
  • Subjek ataupun barang sewaan ( المَعقُود عَلَيْهِ ) dalam hal ini adalah 'validity' iaitu tempoh sah kepada talian yang dihasilkan oleh sistem yang dimiliki oleh syarikat One XOX.
  • Tidak timbul isu tempoh sah bertindan kerana tempoh hayat baru akan dikira selepas tamat tempoh sah yang sebelumnya.
  • Akad ini adalah sah disisi Syara’.

3. Pelan FAT DATA (Internet)

  • Pelan data yang ditawarkan kepada pelanggan adalah kuota data beserta dengan tempoh masa. Ini berdasarkan pada terma 'mana yang sampai dahulu'.
  • Sebagai contoh, pelan data 10GB untuk tempoh 30 hari:
    • Ini bermaksud, jika tempoh langganan sudah mencapai 30 hari walaupun kuota data masih berbaki, langganan pelan tersebut dikira tamat. Baki data tidak akan dibawa ke depan.
    • Situasi lain, jika pengguna telah menghabiskan kuota data tersebut dalam tempoh 20 hari walaupun masih berbaki 9 hari, maka langganan pelan tersebut dikira tamat.

PENILAIAN SYARIAH :
  • Pelan ini tiada masalah dari sudut Syariah. Tiada isu ketidakjelasan dalam hal ini kerana ia telah dimaklumkan kepada pengguna di laman web syarikat – http://www.onexox.my/prabayar.html
  • Subjek ataupun barang pembelian ialah pakej yang terkandung dalamnya data internet beserta dengan tempoh masa; ia adalah ibarat pembelian suatu makanan yang mempunyai tarikh luput.
  • Ianya bukan pembelian secara berasingan.
  • Pengguna juga diberi pilihan untuk tidak meneruskan auto-renewal dengan menghantar SMS DATA AR OFF. Notis peringatan ketika data mencapai 80% dan 100% juga diberikan kepada pengguna melalui SMS.

4. Caj pindahan kredit

  • Caj yang dikenakan sekali sahaja untuk setiap pindahan kredit.
  • RM0.25 akan dicaj daripada penghantar, manakala RM0.25 lagi akan dicaj daripada penerima.
  • Jumlah itu akan ditolak dari nilai sedia ada yang dimiliki oleh penghantar dan penerima.

PENILAIAN SYARIAH :
  • Caj ini adalah kos pengurusan untuk sistem berdasarkan konsep upah ( اُجْرَةْ ) atas servis yang diberikan oleh syarikat.
  • Caj ini juga telah dimaklumkan kepada pengguna di laman web syarikat – http://www.onexox.my/prabayar.html
  • Kedua-dua pihak yang melakukan penghantaran dan penerimaan telah sepatutnya tahu berkenaan caj yang dikenakan, maka sebarang pindahan yang dilakukan bererti persetujuan semua pihak terlibat dengan kos yang dikenakan.

5. Pembelian 'Season Pass'

  • Jualan 'Season Pass' merangkumi pakej seperti panggilan, khidmat SMS dan data internet.

PENILAIAN SYARIAH :
  • Pembelian data adalah secara pakej atau borong (bundle).
  • Akad adalah jual beli mutlak dan ianya adalah harus.

6. Baki Kredit Akaun Pelanggan Yang Ditamatkan Perkhidmatan

  • Baki kredit akan dilupuskan apabila akaun pelanggan ditamatkan perkhidmatan.

PENILAIAN SYARIAH :
  • Syarikat harus melupuskan baki kredit tersebut berdasarkan kaedah 'Al-‘Adat al-Muhakkamah' iaitu amalan kebiasaan yang memberi hukum. Adalah menjadi kebiasaan apabila mana-mana nombor dari mana-mana syarikat telekomunikasi untuk melupuskan baki kredit bagi nombor yang telah ditamatkan perkhidmatan.
  • Nombor yang dimatikan bukanlah sengaja dimatikan oleh syarikat tetapi disebabkan kecuaian atau kealpaan pelanggan yang tidak lagi aktif menggunakan talian yang disediakan dengan tidak menambah jumlah prabayar; ataupun disebabkan faktor keselamatan.
  • Syarikat juga telah menyatakan di dalam laman web syarikat berkaitan hal ini. – http://www.onexox.my/status-akaun-anda.html

7. Program 'Online Affiliate'

  • Pengguna hanya perlu menekan pautan atau melakukan imbasan kod QR yang disediakan oleh pengedar untuk disambungkan ke laman web XOX yang memaparkan produk yang boleh dipilih oleh pengguna. Pilihan 'add-on' juga disediakan.
  • Setelah berpuas hati, pengguna boleh 'checkout' untuk membuat pembayaran sebagaimana yang tertera.
  • Simkad akan dihantar kepada pelanggan melalui pos.

PENILAIAN SYARIAH :
  • Proses jual beli yang sah sudah berlaku di sini, yang mana 'offer' (paparan laman web) adalah 'ijab' daripada syarikat dan apabila pembeli memilih pelan sudah berlaku 'qabul'.

8. Baki Kredit Nombor Pengguna Yang Meninggal

  • Adakah baki kredit termasuk dalam harta yang perlu diwariskan?

PENILAIAN SYARIAH :
  • Kredit adalah berstatus sewaan bertempoh. Justeru, baki kredit tidak termasuk dalam harta pewarisan. Ianya akan terlupus mengikut kitaran tempoh sah simkad.

9. Baki E-Wallet Nombor Pengguna Yang Meninggal

  • E-Wallet adalah harta si mati yang perlu dikembalikan kepada pewaris sekiranya ada tuntutan. Jika tiada tuntutan, E-Wallet dikategorikan sebagai harta tidak dituntut.
  • Persoalan lanjut berkenaan dengannya masih lagi bersifat 'iftiradhiyyah' (hypothetical) dan akan dibincangkan bila diperlukan.

10. Pertukaran Nombor Pengguna Yang Meninggal

  • Nombor orang yang meninggal layak diserahkan kepada 'penama' (waris) yang diberikan oleh si mati semasa hidupnya di portal sahabat. Link ke portal sahabat: https://onesys.onexox.my/

PENILAIAN SYARIAH :
  • Penama adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh si mati untuk menguruskan nombor si mati dengan syarikat. Untuk E-Wallet, penama hanya pemegang amanah untuk pengagihan mengikut faraid kepada penerima yang berhak.

11. Data, SMS dan Minit Panggilan Nombor BLACK Yang Ingin Diaktifkan Kembali Setelah Dimatikan (Terminated)

  • Apabila pelanggan BLACK tidak membayar bil bulanan selama 2 bulan berturut-turut, syarikat akan mengenakan status 'Barred' kepada pengguna (masih menerima panggilan masuk dan SMS),
  • Jika bayaran tidak juga dibuat pada bulan berikutnya pengguna akan disekat atau 'Blocked' (tidak boleh menerima SMS dan panggilan masuk dan keluar)
  • Jika bayaran tidak dibuat juga, langganan pengguna akan ditamatkan (terminated)
  • Jika diaktifkan kembali nombor yang sama, segala kredit, data, SMS dan minit panggilan akan bermula dengan baru.

PENILAIAN SYARIAH :
  • Bayaran yang diambil untuk langganan BLACK adalah sewa bulanan bertempoh. Kredit, data, minit dan SMS yang dibawa ke hadapan adalah 'tasamuh' (sikap toleransi) daripada syarikat kepada pengguna.
  • Setelah ditamatkan akibat tidak membayar bil bulanan, jika diaktifkan kembali, pengguna akan bermula dari sewaan baharu dan tidak timbul premis kredit, data, SMS dan minit panggilan daripada langganan lama perlu dibawa ke hadapan.

12. Status Kredit, Data, SMS dan Minit Panggilan Nombor BLACK Apabila Proses Pertukaran ke Pelan Prabayar Berlaku

  • Semua kredit, data, minit panggilan, SMS dalam langganan pengguna BLACK jika ditukar kembali kepada pelan prabayar adalah tidak dibawa bersama.

PENILAIAN SYARIAH :
  • Menukar satu pelan ke satu pelan yang lain adalah merubah jenis sewaan, sekaligus tidak perlu memindahkan manfaat yang diperoleh daripada pelan terdahulu ke pelan baharu.

13. Credit Extension

  • Pelan BLACK memerlukan bayaran pendahuluan (advance payment) untuk jangkamasa sebulan, dan hanya layak menggunakan apa yang ditawarkan untuk pakej yang dilanggan.
  • Syarikat menyalurkan sejumlah kredit pendahuluan kepada pengguna BLACK berdasarkan nilai pakej langganan pengguna tersebut.
  • Credit Extension boleh digunakan untuk:
    • Penggunaan panggilan dan SMS secara Pay Per Use.
    • Pembelian Season Pass, Happy Hour dan data Add-On.
    • Perkongsian data, minit panggilan dan SMS (caj perkongsian)
    • Perisian premium.
  • Pelanggan hanya perlu membayar nilai jumlah yang digunakan sahaja tanpa sebarang fee pada kitaran 'cycle' berikutnya.

PENILAIAN SYARIAH :
  • Credit Extension adalah berdasarkan aqad 'pembelian dengan hutang' oleh pihak syarikat kepada pelanggan BLACK, bertujuan untuk memudahkan pengguna.
  • Kemudahan ini tidak mengandungi unsur riba kerana tiada sebarang fee yang dikenakan ke atas pelanggan.

14. XOX eSIM 'Change / Upgrade Plan Charge'

  • XOX eSIM adalah suatu produk yang menggunapakai 'embedded' sim di dalam telefon bimbit, tanpa memerlukan simkad fizikal yang ada di pasaran. Penggunaanya hanya untuk telefon pintar terpilih buat masa ini seperti iPhone XS dan Google Pixel 3.
  • Caj pengubahan pelan atau penaiktarafan pelan melibatkan eSIM, adalah mengikut caj biasa seperti fisikal simkad.

PENILAIAN SYARIAH :
  • Tidak bermasalah

Saya mengucapkan tahniah kepada syarikat ONEXOX Sdn Bhd di atas kepekaan mereka dan pengedar mereka yang inginkan status...

Posted by Dr. Zaharuddin Abd Rahman on Monday, September 12, 2016


Sijil Pengesahan Kepatuhan Syariah ONEXOX

Sijil Patuh Syariah ONEXOX

Penilaian Patuh Syariah (.pdf)

  PENILAIAN SYARIAH PENGGUNA