Bagi pengguna pelan ONEXOX Prepaid yang telah habis tempoh aktif permulaan 36 bulan, anda boleh panjangkan lagi tempoh aktif atau validity simkad anda dengan membeli "Tempoh Aktif Tambahan".

Pembelian tempoh aktif tambahan ini boleh dibuat melalui SMS atau melalui aplikasi XOX BLACK.

Harga Tempoh Aktif Tambahan

  • RM18 untuk 6 bulan – Kod SMS: VALID 6
  • RM25 untuk 12 bulan – Kod SMS: VALID 12

Beli tempoh sah ONEXOX validity

Cara Beli Tempoh Aktif melalui SMS

Untuk pembelian tempoh aktif tambahan melalui SMS, anda hanya perlu taip "KOD SMS" dan hantar ke 22111.

Contoh:
Anda ingin beli tempoh aktif tambahan selama 12 bulan (RM25). Buka aplikasi SMS di telefon bimbit anda, taip VALID 12 dan hantar ke nombor 22111

Cara Beli Tempoh Aktif ONEXOX
Beli tempoh aktif tambahan melalui SMS

Pastikan baki kredit anda mencukupi mengikut harga tempoh aktif yang ingin dibeli.

Kredit akan ditolak dari Akaun Utama (MA). Sekiranya baki kredit akaun MA tak mencukupi, kredit di akaun DA akan diambil bagi mencukupkan nilai pembelian.


Beli Tempoh Aktif melalui Aplikasi XOX BLACK

Cara beli tempoh aktif tambahan melalui aplikasi XOX BLACK seperti berikut:
  1. Log masuk aplikasi XOX BLACK
  2. Tekan pilihan menu (di bahagian bawah) dengan simbol
  3. Tekan menu Validity
  4. Pilih validity atau tempoh aktif yang ingin dibeli (6 bulan / 12 bulan)
  5. Tekan Purchase dan ikut arahan selanjutnya.

Beli Tempoh Aktif XOX BLACK
Beli tempoh aktif tambahan melalui aplikasi BLACK

Download Aplikasi XOX Black

Google Playstore App Store Huawei AppGallery



Belum jadi pengguna? Dapatkan simkad ONEXOX sekarang!

XOX Online Store