Memperkenalkan "ULTIMATE DATA 35" – pelan ONEXOX Prepaid – hanya RM35 anda boleh menikmati data internet sehingga 50GB (0.70sen / 1GB).

Ultimate Data 35 ONEXOX Prepaid


Ciri-Ciri Pelan Ultimate Data 35

  • Harga langganan RM35 (sah selama 30 hari)
  • Data besar sehingga 50GB dengan kelajuan 3Mbps (FUP)
  • Boleh hotspot sepenuhnya tanpa had peranti
  • Percuma 50 Minit Panggilan ke semua rangkaian
  • Percuma tempoh aktif 36 bulan (untuk pengguna baru sahaja)
  • Pembaharuan automatik (baki kredit mencukupi)

Jika langganan telah digunakan sepenuhnya sebelum 30 hari, pelanggan boleh membeli semula pelan Ultimate Data 35.

Untuk batalkan fungsi pembaharuan automatik (auto renew), hantar SMS DATA AR OFF ke 22111 atau 23388.

Terma & Syarat Pelan Ultimate Data 35

  1. Pelan Ultimate Data 35 menawarkan data besar dan hotspot tanpa had peranti untuk semua pelanggan ONEXOX Prepaid selama 30 hari ("Tempoh Sah").

  2. Istilah "hotspot tanpa had peranti" bermaksud pelanggan boleh hotspot data kepada seberapa banyak bilangan peranti yang pelanggan mahu dan berkongsi data dengan sesiapa saja selagi terdapat data aktif.

  3. Data besar pada pelan ini ditawarkan di bawah Fair Usage Policy (FUP) dan dihadkan pada 50GB setiap bulan dalam Tempoh Sah, serta kelajuan data dihadkan pada 3Mbps.

  4. Kuota panggilan 50 Minit akan dimasukkan terus ke dalam akaun Season Pass selepas setiap langganan / pembaharuan yang berjaya.

  5. Pelan ini hanya tersedia kepada:
    • Pelanggan baharu ONEXOX Prepaid (pendaftaran Nombor Baru & MNP)
    • Pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada.

Langganan Pelan Ultimate Data 35

Untuk Pelanggan Baharu ONEXOX Prepaid

  1. Pelanggan baru ONEXOX Prepaid boleh membeli pelan Ultimate Data 35 sebagai tawaran "Welcome Deal" dalam tempoh sepuluh (10) hari setelah kad SIM berjaya diaktifkan.

  2. Pelanggan baru yang membeli pelan Ultimate Data 35 ini sebagai "Welcome Deals" akan menerima Tempoh Sah 36 Bulan, dilanjutkan dari tarikh pembelian.

  3. Pelanggan yang menukar pelan dari ONEXOX BLACK kepada ONEXOX Prepaid juga boleh membeli pelan Ultimate Data 35 sebagai "Welcome Deal" tetapi TIDAK LAYAK untuk Tempoh Sah 36 Bulan.

Untuk Pelanggan ONEXOX Prepaid Sedia Ada

  1. Pelanggan sedia ada ONEXOX Prepaid boleh melanggan pelan Ultimate Data 35 ini pada bila-bila masa, dengan syarat pelanggan tidak mempunyai sebarang langganan pelan data yang lain.


Cara Pembelian Pelan Ultimate Data 35

SALURAN PENGGUNA BARU (WELCOME DEAL) PENGGUNA SEDIA ADA (PELAN DATA)
SMS SP UNL35  hantar ke 22111 / 23388 DATA UNL35  hantar ke 22111 / 23388
USSD N/A *150# > Internet > Ultimate 35
ONLINE STORE https://store.onexoxplan.com N/A
SELF CARE http://selfcare.onexoxplan.com
Data Subscription > Subscribe Data > Monthly > ESP UNL35
BLACK APP http://app.onexoxplan.com


Terma & Syarat Lain

  1. Pelan ini disediakan mengikut Terma & Syarat Khusus ONEXOX Prepaid serta Terma & Syarat Am untuk BLACK dan Prepaid.

  2. Anda mesti mematuhi terma & syarat tersebut termasuk Dasar Privasi, Fair Usage Policy (FUP), terma & syarat ini, dan sebarang terma & syarat tambahan lain yang mungkin boleh diamalkan (secara kolektif, "Terma") dan tertakluk kepada perubahan.

  3. XOX berhak untuk mengubah, menukar, menamatkan, melanjutkan pelan atau meminda, mengubah suai terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini mengikut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

  4. Kelajuan sebenar mungkin berbeza-beza dan mungkin dipengaruhi oleh keadaan yang tidak terhad kepada trafik internet umum.

  5. Perkhidmatan data tertakluk kepada had rangkaian dan keupayaan peranti.



Belum jadi pengguna? Dapatkan simkad ONEXOX sekarang!

XOX Online Store