ONEXOX Welcome Deal

Soalan Lazim Tentang Welcome Deal

Apa itu Welcome Deal?

Welcome Deal adalah pakej khas yang ditawarkan kepada PELANGGAN BAHARU pelan ONEXOX Prepaid yang mendaftar melalui MNP (Kekal Nombor Lama) atau Pek Permulaan Nombor Baru.

Pembelian pertama dari sebarang pakej Welcome Deal disertakan dengan Tempoh Aktif 28 Bulan.

Pelanggan baharu ONEXOX Prepaid boleh membeli mana-mana pakej Welcome Deal yang ditawarkan dalam masa 10 hari setelah simkad diaktifkan.

Berapa banyak pakej Welcome Deal yang ditawarkan?

Terdapat LIMA (5) pakej Welcome Deal yang ditawarkan:
  • SP FATVOICE = 333 Mins
  • SP FAT5M = 10GB + 100 Mins
  • SP FAT20 = 20GB
  • SP FAT10M = 20GB + 333 Mins
  • SP FAT10 = 10GB + 10GB

WELCOME DEAL HARGA AKTIF SERTA MERTA SEASON PASS
SP FATVOICE RM30 333 Minit
SP FAT5M RM30 10GB (untuk 30 hari) 100 Minit
SP FAT20 RM30 20GB (untuk 30 hari)
SP FAT10M RM50 20GB (untuk 30 hari) 333 Minit
SP FAT10 RM50 10GB (untuk 30 hari) 10GB

ONEXOX Prepaid Welcome Deal

Welcome Deal hanya layak dibeli oleh PENGGUNA BAHARU pelan ONEXOX Prepaid yang mendaftar melalui MNP atau Nombor Baru.

Tawaran pakej Welcome Deal ini hanya sah dalam masa 10 hari dari tarikh simkad mula diaktifkan.
Anda boleh membeli pakej Welcome Deal melalui SMS dengan menghantar kod langganan di bawah ke 22111 atau 23388.

Kod Langganan:
SP FATVOICE untuk beli 333 Minit Panggilan
SP FAT5M untuk beli Data 10GB + 100 Minit
SP FAT20 untuk beli Data 20GB
SP FAT10M untuk beli Data 20GB + 333 Minit
SP FAT10 untuk beli Data 10GB + 10GB

Contoh:-
Taip SMS: SP FAT10M dan hantar ke nombor 22111 atau 23388
Anda boleh beli mana-mana pakej Welcome Deal yang ditawarkan. Setiap pakej adalah terhad kepada satu (1) pembelian sahaja.
Tawaran pakej Welcome Deal hanya sah selama 10 hari dari tarikh simkad mula aktif.

Sebagai contoh, anda telah mendaftar dan mengaktifkan kad SIM pada 11/07/2021. Tawaran Welcome Deal tersebut sah sehingga 20/07/2021 jam 11:59 malam.

Selepas 10 hari, anda tidak lagi boleh membeli pakej Welcome Deal yang ditawarkan.
Tawaran pakej Welcome Deal tidak sah selepas 10 hari pengaktifan.

Walau bagaimanapun, anda boleh muat turun Aplikasi XOX BLACK untuk membeli pakej Season Pass, serta dapatkan kemaskini dengan tawaran Happy Hour dan promosi lain.
Anda akan menerima tempoh aktif 28 bulan tersebut serta-merta sebaik sahaja pembelian Welcome Deal berjaya.

Tempoh aktif 28 bulan akan dilanjutkan dari tarikh pembelian Welcome Deal.
Hanya minit dari pakej Welcome Deal boleh dikongsi.

Data yang diaktifkan serta-merta (dari SP FAT5M, SP FAT20 dan SP FAT10M) tidak boleh dikongsi kerana ianya diaktifkan serta-merta dan sah selama 30 hari dari tarikh pembelian.
  • Hanya Minit boleh dikongsi untuk pakej Welcome Deal.
  • Pengirim akan dikenakan caj perkhidmatan RM0.50 bagi setiap perkongsian yang berjaya dibuat melalui SMS, Easy Menu dan Aplikasi Black.
  • Maksimum 3 kali perkongsian setiap hari.
  • Had perkongsian bagi setiap transaksi – Tiada had untuk Minit
Tiada lagi perkongsian yang dibenarkan pada hari tersebut. Anda boleh buat perkongsian pada hari berikutnya.
Ya.. Anda layak dapatkan tawaran Welcome Deal untuk pembelian SIM melalui Online Store.

Dapatkan Simkad ONEXOX Prepaid Sekarang!


Beli Simkad ONEXOX Prepaid