ONEXOX Roaming - Perayauan Antarabangsa

Call Roaming

ONEXOX Prepaid dan Black dilengkapi dengan perkhidmatan Perayauan Antarabangsa (Roaming) yang telah aktif secara default.

Ini membolehkan anda membuat panggilan ke Malaysia dan seluruh dunia semasa berada di luar negara.

Anda tak perlu membuat pendaftaran atau konfigurasi tambahan untuk menggunakan perkhidmatan perayauan antarabangsa ini. Sebaliknya, anda boleh terus membuat panggilan dan berhubung walau di mana anda berada.

Cara Buat Panggilan Antarabangsa Semasa Di Luar Negara

Terdapat 2 cara untuk membuat panggilan perayauan antarabangsa semasa berada di luar negara:

1. Kod Ringkas untuk Roaming:

  • Dail *136*<Kod Negara><Nombor Telefon># dan tekan
  • Contoh: *136*601132448800# dan tekan

2. Dail Terus

  • Dial +<Kod Negara><Nombor Telefon> dan tekan
  • Contoh: +601132448800 dan tekan
  1. Baki kredit perlu ada minimum RM15 untuk membuat atau menerima panggilan semasa di perantauan.
  2. Sila hubungi Careline 12273 untuk mengetahui Kadar Panggilan Perayauan Antarabangsa (Roaming).

Data Roaming

ONEXOX Data Roaming

500MB hanya RM38/hari

*Data Roaming diaktifkan mulai 12:00 pagi – tamat 11:59 malam (waktu Malaysia)

Cara Melanggan Data Roaming ONEXOX

Pengguna ONEXOX Prepaid

  1. Pastikan anda mempunyai kredit yang mencukupi dalam akaun ONEXOX anda.
  2. Pergi ke tetapan telefon > Access Point Name (APN) dan tetapkannya kepada 'XOX' (Rujuk: Setting APN)
  3. Hidupkan fungsi 'Data Roaming' di tetapan telefon anda.
  4. Sambungkan ke pengendali rangkaian telco negara anda berada.
  5. Langgan pakej Data Roaming XOX melalui:

    a) Easy Menu
    • Dail *150*3# untuk melanggan

    b) SMS
    • Hantar DATA ROAM ke 22111 atau 23388
      (Caj SMS Roaming dikenakan RM2.50/SMS)
Data Roaming ONEXOX Prepaid
Data Roaming ONEXOX Prepaid

Pengguna ONEXOX Black

  1. Pastikan anda mempunyai had kredit tambahan dalam akaun BLACK anda.
  2. Pergi ke tetapan telefon > Access Point Name (APN) dan tetapkannya kepada 'XOX' (Rujuk: Setting APN)
  3. Hidupkan fungsi 'Data Roaming' dalam tetapan telefon anda.
  4. Sambungkan ke pengendali rangkaian telco negara anda berada.
Data Roaming ONEXOX Black
Data Roaming ONEXOX Black


Setelah langganan berjaya, anda akan menerima SMS pengesahan.

RM0.00 Your data roaming has been successfully activated. To check data roaming balance or local credit balance, just go to our Easy Menu and dial *150#. T&C apply


Maklumat lanjut: XOX Data Roaming


Belum jadi pengguna? Dapatkan simkad ONEXOX sekarang!

XOX Online Store