ONE XOX Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005.

ONE XOX Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 2014, secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan tersendiri.

ONEXOX percaya akan model perniagaan yang cekap, telus dan sedaya upaya mematuhi tuntutan syariah untuk mempastikan kadar perkhidmatan adalah sangat berpatutan, tiada iklan-iklan yang mengelirukan serta tiada unsur-unsur caj tersembunyi dapat menarik minat dikalangan pelanggan-pelanggan perkhidmatan mudah alih yang sentiasa mencari alternatif penjimatan.


Di samping penawaran perkhidmatan yang sangat kompetitif, ONEXOX yang tidak mengamalkan pengiklanan secara terbuka telah membuka peluang perniagaan telekomunikasi 'sebenar' mampu milik kepada semua individu yang berminat dengan menawarkan insentif lumayan dan berpanjangan berkonsepkan perkongsian keuntungan syarikat.

ONEXOX mengalu-alukan semua pelanggan yang dahagakan penjimatan serta usahawan-usahawan yang sedang giat mencari peluang perniagaan untuk mencuba perkhidmatan telus tanpa caj tersembunyi dan memanfaatkan platform perniagaan yang ditawarkan.

"OUT THERE WE ARE ONE"


VISI

Menjadi perintis yang berjaya ke tahap global di dalam industri telekomunikasi dengan strategi pemasaran unik yang menawarkan perkongsian keuntungan syarikat kepada pengedar.

MISI

Menyediakan perkhidmatan berkualiti pada kadar yang sangat berpatutan serta sedaya upaya mematuhi tuntutan syariat di dalam perniagaan.

OBJEKTIF

  • Memberi kesedaran kepada pengguna telefon mudah alih tentang kadar panggilan yang dikenakan melalui demonstrasi produk.
     
  • Memberi pilihan baru kepada pengguna telefon mudah alih untuk berjimat.
     
  • Membuka peluang perniagaan telekomunikasi kepada usahawan kecil.
     
  • Membantu menaikkan taraf hidup serta ekonomi masyarakat setempat melalui program insentif pengedar.
     
  • Menyumbang kepada pertumbuhan sektor ICT yang sejajar dengan matlamat kerajaan.

PENGURUSAN

En. Bobie Farid Bin Shamsuddin
(Ketua Pegawai Eksekutif)

En. Badrol Izman Bin Osman
(Ketua Pegawai Kewangan)

En. Mohd Affendi Bin Ramli
(Ketua Bahagian Operasi)

En. Mohammad Khatab Bin Mahvi
(Ketua Bahagian Jualan)

XOX di Menara Lien Hoe

Pejabat Urusan :

ONE XOX SDN BHD (1072886-D)

Lot 5.2, 5th Floor, Menara Lien Hoe,
No.8, Persiaran Tropicana,
Tropicana Golf & Country Resort,
47410 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi 9:00am - 6:00pm

Website Rasmi :

www.onexox.my


Khidmat Pelanggan ONEXOX

Dari Talian XOX :

12273


Dari Talian Telco Lain (Malaysia) :

1300 888 010


Dari Luar Negara :

+603 7800 0033


Email :

cs@onexox.my


Waktu Operasi Khidmat Pelanggan:

8AM - 10PM (Setiap Hari)