ONEXOX Plan Season Pass
ONEXOX Season Pass

Season Pass Happy Hour

Season Pass "Happy Hour" ditawarkan pada hari-hari tertentu sahaja.

Pelanggan akan menerima SMS pemberitahuan, atau boleh semak tawaran Happy Hour melalui Easy Menu *150# atau melalui aplikasi XOX BLACK.

Contoh tawaran Season Pass Happy Hour seperti gambar di bawah:

ONEXOX Happy Hour
ONEXOX Happy Hour
ONEXOX Happy Hour
ONEXOX Happy Hour
ONEXOX Happy Hour
ONEXOX Happy Hour

Soalan Lazim Tentang Season Pass ONEXOX

  • 'Bank' atau 'Tabung' untuk simpan Data, Minit Panggilan dan SMS.
  • Boleh simpan, guna, dan kongsi dengan pengguna lain.
  • Pelan yang memberi lebih penjimatan berganda.
  • Satu-satunya pelan yang tiada pada telco lain.

Semua pelanggan ONEXOX Prepaid & ONEXOX Black.

Belian dilakukan secara pukal atau belian borong yang mana belian dengan kaedah tersebut lebih murah berbanding langganan pelan biasa.

Sebagai contoh: Harga pelan data biasa RM15 untuk 1GB kuota internet. Manakala salah satu pakej belian data di dalam Pelan SEASON PASS, RM50 untuk 10GB kuota internet.

Jika dibuat kiraan RM50/10GB bersamaan dengan RM5 sahaja untuk 1GB. Ianya 3 kali ganda PENJIMATAN berbanding pakej biasa.

Itulah yang dimaksudkan dengan PENJIMATAN BERGANDA yang ditawarkan oleh ONEXOX.

ONEXOX merupakan telco pertama yang memberi secara PERCUMA validity atau tempoh sah kredit yang panjang dengan permulaan 36 bulan (mengikut syarat yang ditetapkan)

Oleh itu, validity bagi SEASON PASS juga adalah sama dengan validity kredit anda. Jika tempoh sah kredit anda sehingga tahun 2026, maka validity Data & Minit Panggilan di dalam akaun SEASON PASS juga sehingga tahun 2026.

Ini bermakna data di dalam akaun SEASON PASS yang belum diaktifkan bersifat TAHAN LAMA serta tidak akan berkurangan selagi data belum diaktifkan.

Ya.. Data, Minit Panggilan & SMS di dalam akaun SEASON PASS boleh dikongsi dengan seramai mungkin kenalan anda. Manakala kenalan anda yang menerima perkongsian daripada anda pula boleh berkongsi dengan kenalan mereka yang lain.

Tiada Had perkongsian untuk Minit Panggilan, manakala Data pula terhad kepada maksimum 10GB untuk setiap kali perkongsian.

Setiap SMS untuk perkongsian sama ada Data atau Minit Panggilan akan dikenakan caj 50 sen kepada penghantar.

Perkongsian yang dihantar akan terus masuk ke akaun SEASON PASS kenalan anda.

Untuk lebih penjimatan, anda boleh menghantar perkongsian secara serentak atau sekaligus dengan 1 SMS penghantaran bagi Data, Minit Panggilan dan SMS.

Boleh.. Pakej Season Pass yang ditawarkan adalah Pakej Minit Panggilan, Pakej Data, dan Pakej Combo (gabungan Data & Minit Panggilan).

Jika tak menggunakan internet, anda boleh melanggan pakej Minit Panggilan sahaja. Minit Panggilan adalah untuk panggilan ke SEMUA RANGKAIAN dengan kadar serendah 9 sen/minit.

Tidak. Data di dalam akaun SEASON PASS perlu diaktifkan terlebih dahulu.

Untuk aktifkan Data di dalam SEASON PASS, anda hanya perlu membuat langganan pelan internet biasa yang terdapat di dalam Easy Menu *150# atau melalui aplikasi Black.

Sebagai contoh, anda ingin melanggan internet 500MB. Anda hanya perlu pilih langganan pelan internet 500MB/30 hari yang terdapat dalam Easy Menu *150# atau di aplikasi Black.

Setelah berjaya dilanggan, barulah data tersebut aktif dan internet boleh digunakan.

Baki Data yang ada di dalam akaun SEASON PASS masih lagi disimpan dan bersifat tidak aktif. Bagi Minit Panggilan pula, ianya terus aktif dan boleh digunakan serta merta.

Ini bermaksud setelah SEASON PASS dilanggan, jika langganan tersebut terdapat Minit Panggilan, ianya akan digunapakai terlebih dahulu manakala kredit sama ada dalam akaun DA atau MA tidak ditolak selagi Minit Panggilan masih berbaki di dalam akaun SEASON PASS.

Secara mudahnya, hanya Data sahaja yang bersifat tidak aktif selagi anda tidak membuat langganan pelan internet, manakala Minit Panggilan akan terus aktif selepas pembelian pakej SEASON PASS dibuat.

Boleh. Semua item yang ada di dalam akaun SEASON PASS boleh dikongsi.

Tiada had perkongsian untuk Minit Panggilan manakala Data pula terhad kepada maksimum 10GB untuk setiap kali perkongsian.

Tidak. Validity SEASON PASS adalah mengikut tarikh luput kredit anda manakala validity data yang telah diaktifkan atau dilanggan adalah mengikut tempoh penggunaan bagi langganan data tersebut.

Contohnya, anda membuat langganan internet 1GB/30 hari. Maka tempoh sah langganan data itu adalah 30 hari.

Data akan ditamatkan setelah mencapai 30 hari penggunaan. Anda akan menerima SMS peringatan setelah 80% penggunaan dan juga apabila cukup 100% penggunaan.


Pembelian Pakej SEASON PASS

Pembelian Pakej SEASON PASS boleh dibuat melalui:

ONEXOX Season Pass


Jika ada kemusykilan tentang pelan SEASON PASS, boleh Hubungi Admin untuk penerangan lebih lanjut.


Belum jadi pengguna? Dapatkan simkad ONEXOX sekarang!

XOX Online Store