Soalan Lazim

Apa itu ONEXOX?

ONEXOX ialah jenama kepada perkhidmatan mudah alih prabayar yang dimiliki oleh ONEXOX Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Dycom Sdn Bhd) yang menggunakan sistem rangkaian XOX.

Di mana saya boleh mendapatkan SIM Pack ONEXOX?

SIM Starter Pack ONEXOX boleh didapati DI SINI.

Bolehkah saya melanggan ONEXOX dengan mengekalkan nombor sedia ada (MNP)?

Ya, boleh. SIM MNP ONEXOX untuk kekalkan nombor sedia ada boleh didapati DI SINI dengan harga RM10 sahaja. Tiada yuran pendaftaran.

Apakah faedah pelan Prabayar ONEXOX?

Dengan pelan Prabayar / Prepaid ONEXOX, anda akan dapat menikmati:
  • Pelan fleksibel 2-dalam-1 (DA & MA) untuk lebih penjimatan!
  • Kredit sedia ada RM5 (dalam akaun MA
  • Kadar 5 sen untuk panggilan pendek ke semua rangkaian
  • Kadar SMS 2 sen ke semua rangkaian
  • Tetapan 10 Nombor Family & Friends (semua rangkaian)
  • Rebat tunai 6% melalui program User-Get-User
  • Tempoh aktif terpanjang di Malaysia (lebih 2 tahun)

Mengapa perlu ada DA (Akaun Dedikasi) dan MA (Akaun Utama)?

Dengan pelan fleksi 2-dalam-1 yang unik, ONEXOX menawarkan caj kadar murah yang lebih penjimatan pada baki DA dan caj kadar biasa yang berpatutan pada baki MA.

Mekanisme caj bermula dengan penolakan pada baki DA (kadar murah) terlebih dahulu; seterusnya menolak baki MA (kadar biasa) apabila kehabisan baki DA. Baki MA juga digunakan untuk melanggan pelan internet mudah alih serta membuat pindahan kredit ke pihak lain; sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum meneruskan transaksi tersebut.

Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa hadapan.

Berkonsepkan belian topup secara pukal, pelanggan-pelanggan ONEXOX yang membuat topup pada denominasi yang besar sekaligus akan menikmati lebih penjimatan pada baki DA. Kami mengalu-alukan agar semua pelanggan ONEXOX menggunakan ruang penjimatan ini bagi mengoptimakan perbelanjaan telekomunikasi harian anda.

Rancanglah pembelian top up anda selepas ini! Sila rujuk PELAN & PERKHIDMATAN untuk gambaran lanjut.

Apakah denominasi tambah nilai yang terdapat di ONEXOX?

RM5, RM10, RM30, RM50. Sila pastikan anda merancang pembelian denominasi tambah nilai bagi memenuhi keperluan telekomunikasi anda.

Di mana saya boleh dapatkan tambah nilai ONEXOX?

Tambah nilai boleh dibeli melalui:
  • Pengedar-pengedar ONEXOX
  • Kedai 7-Eleven seluruh Malaysia
  • Stesen-stesen minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Petron, BHP, Caltex, Esso
  • Mana-mana kedai yang menjual tambah nilai menggunakan terminal ePay
Tambah nilai secara atas talian (online):

Apa yang boleh dilakukan menerusi portal Self Care?

  1. Melihat profil langganan anda, periksa baki kredit DA/MA, tempoh sah langganan, baki SMS percuma.
  2. Dapatkan bil terperinci.
  3. Tambah nilai (topup)
  4. Pengurusan langganan internet: Melanggan pelan internet, naiktaraf langganan, periksa baki kuota & menambah kuota.
  5. Pengurusan sub-talian: Daftar sehingga 10 sub-talian, membuat tambah nilai sub-talian, membuat langganan internet sub-talian dan periksa profil langganan sub-talian: baki kredit, tempoh sah, kuota internet (jika melanggan) & bil terperinci.
  6. Periksa & penebusan mata kesetiaan (loyalty point).
  7. Pengurusan 10 nombor ‘Famili & Rakan': mendaftar/menambah & membatal

Adakah pelan data (internet mudah alih) ONEXOX menyokong semua jenis alat peranti dan telefon pintar?

Pelan data ONEXOX menyokong hampir semua jenis alat peranti dan telefon pintar. Sila pastikan anda membuat tetapan yang betul. Walau bagaimanapun, pelan data ONEXOX tidak menyokong perkhidmatan Blackberry Internet Service (BIS).

Adakah pelan data ONEXOX bersifat unlimited?

Tidak. ONEXOX menawarkan pelan data berkelajuan tinggi (tanpa kawalan kelajuan) sehingga 7 mbps muat turun mengikut had kuota data / hari yang dilanggan. Dengan ini, pelanggan-pelanggan ONEXOX bebas melayari internet tanpa gangguan kelajuan. Tempoh langganan data adalah tertakluk kepada ‘yang mana sampai dulu’ iaitu sama ada had kuota data mencapai penggunaan 100% atau langganan menemui tarikh tamat tempoh.

Kawal penggunaan data internet

Bagaimanakah saya menggunakan SMS percuma?

SMS percuma boleh digunakan kepada nombor-nombor di rangkaian sama (ONEXOX / XOX). Kadar rendah atau biasa (bergantung kepada baki kredit Akaun Dedikasi / Akaun Utama) bagi SMS dikenakan selepas kehabisan kuota SMS percuma. Rujuk terma & syarat SMS Percuma.

Berapakah had bilangan nombor-nombor Famili & Rakan (FnF) yang boleh didaftarkan dan untuk rangkaian mana?

  • Anda boleh daftarkan sehingga 10 nombor FnF. 10 pendaftaran pertama adalah percuma. Kadar runtuh FnF terbuka kepada semua rangkaian tempatan termasuk talian tetap TM (kecuali nombor-nombor premium 1300 dan nombor-nombor telefon luar negara). Anda juga boleh membatalkan nombor dan membuat pendaftaran gantian. Walau bagaimanapun, setiap satu pendaftaran selepas kemasukan kali yang ke-10 akan dikenakan caj RM1 pada baki MA. Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi.
  • Cara mendaftar FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>ADD<jarak><nombor telefon>
  • Cara menyemak senarai FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>LIST
  • Cara membatalkan nombor dalam senarai FnF: SMS ke 22111- FNF<jarak>DEL<jarak><nombor telefon>

Adakah saya layak mendapat kadar Famili & Rakan ONEXOX jika tiada kredit di dalam Akaun Dedikasi?

Ya, anda tetap menikmati kadar Famili & Rakan ONEXOX walaupun menggunakan baki kredit di dalam Akaun Utama.

Bagaimanakah caranya untuk saya menebus SMS percuma daripada 'Loyalty Point'?

  1. Top up yang anda buat akan menjana loyalty point. Setiap ringgit bersamaan 1 point; setiap 10 point yang telah anda kumpulkan boleh ditebus dengan 1 SMS percuma.
  2. Cara menebus SMS percuma:
    • SMS ke 22111- LYT<jarak>RED<jarak>SMS<jarak><bilangan SMS yang ingin ditebus>
      Contoh: LYT RED SMS 12
    • Melalui SELF CARE

Apakah kod arahan SMS jika saya ingin menyemak baki, memeriksa baki data, melanggan data, dan lain-lain?

Anda boleh merujuk kepada kod arahan SMS di "PANDUAN PENGGUNA"

Bagaimanakah cara untuk pelanggan ONEXOX akses ke sistem USSD?

Pelanggan ONEXOX boleh mendail *150# untuk mengakses ke USSD.
 
Talian Khidmat Pelanggan ONEXOX
FAQ / Topup / Panduan Pengguna / Blog
© ONEXOX PLAN. Hakcipta Terpelihara.