Nak dapatkan simkad ONEXOX? Tapi tak sempat nak keluar berjumpa dengan Dealer?

Takda masalah.. Anda boleh buat pembelian simkad secara dalam talian (online) melalui "ONEXOX Online Store".

Simkad akan dihantar melalui pos / kurier. Penghantaran PERCUMA!

Anda cuma bayar harga pembelian simkad dan pelan atau pakej yang ingin dilanggan. Tiada caj pos. Simkad biasanya akan sampai dalam 1-3 hari waktu bekerja.
Untuk pelanggan sekitar kawasan Lembah Klang, pembelian SIM secara online yang dibuat sebelum jam 11:00 pagi akan dihantar pada hari yang sama (kecuali hujung minggu dan cuti umum).
Bagaimana cara beli simkad ONEXOX secara online?


Beli Simkad melalui ONEXOX Online Store

Untuk beli simkad ONEXOX secara online, anda boleh klik pautan (link) ke laman web ONEXOX Online Store.

Klik butang di bawah ini:

ONEXOX ONLINE STORE

Langkah seterusnya...

Pilih Pelan ONEXOX Yang Ingin Dilanggan

Di laman web ONEXOX Online Store anda diberi pilihan pelan yang boleh dilanggan, iaitu pelan ONEXOX Prepaid, ONEXOX BLACK, dan XOX eSIM.

ONEXOX Online Store
ONEXOX Online Store – https://store.onexoxplan.com

Pendaftaran Pelan ONEXOX

Di laman ONEXOX Online Store terdapat 2 jenis pendaftaran iaitu Nombor Baru dan MNP (tukar ke ONEXOX menggunakan nombor sedia ada dari telco lain).

  • Tekan SIGN UP NOW untuk daftar Nombor Baru.
  • Tekan SWITCH NOW untuk daftar MNP (Kekal Nombor Sedia Ada).

Kemudian, anda akan dibawa ke halaman untuk mendaftar pelan ONEXOX.

Daftar ONEXOX Plan Online Store

Untuk pelan Prepaid, ada pilihan Normal Prepaid dan WAWA Prepaid

Untuk pelan Black (Postpaid), ada pilihan Normal Postpaid dan FC Postpaid

1. Daftar Nombor Baru dan Pakej Langganan

Sekiranya anda ingin daftar ONEXOX dengan Nombor Baru, boleh pilih nombor dari senarai yang diberikan.

Untuk pelan ONEXOX Prepaid, anda MESTI beli bersama sekurang-kurangnya SATU (1) pakej Welcome Deal bagi menebus Tempoh Sah 28 Bulan secara PERCUMA!
Update: Anda juga akan dapat tempoh sah tambahan 8 bulan yang boleh ditebus melalui halaman 'Rewards' di aplikasi XOX Black.
Tempoh sah 28 + 8 bulan (36 bulan) diberi sekali sahaja kepada semua pelanggan ONEXOX Prepaid yang baru mendaftar.

Butiran pembelian dan jumlah perlu dibayar akan ditunjukkan di ruangan "Order Summary".

Pakej Welcome Deal dengan Tempoh Sah 28 Bulan
Pakej WELCOME DEAL dengan Tempoh Sah 28 Bulan
Pastikan butiran "Dealer Information" adalah seperti berikut:

DYSD5010
ANARM NETWORK RESOURCES
Pilih nombor baru ONEXOX

Pilih nombor baru dari senarai nombor yang diberi. Tekan butang Refresh untuk pilihan nombor lain.

2. Daftar MNP (Kekal Nombor Lama)

Untuk daftar dengan cara MNP (Kekal Nombor Lama), anda perlu pilih telco terkini yang anda guna dan isi butiran nombor telefon di ruangan yang disediakan.

Pastikan nombor tersebut masih aktif, boleh buat panggilan keluar, tiada kontrak dengan telco asal, tiada tunggakan bil (jika postpaid), dan maklumat pendaftaran mestilah sama seperti maklumat yang didaftar di telco asal.

Baca: Syarat MNP

Daftar MNP melalui ONEXOX Online Store

  • Current Mobile Operator = Pilih telco yang anda gunakan sekarang.
    Celcom / Digi / Maxis / Umobile / Tunetalk / Redone / Unifi (P1) atau lain-lain.
     
  • Selected Number/s = Masukkan nombor telefon yang nak ditukar ke ONEXOX dan tekan butang Add Number
     
PENTING!
Jika anda menggunakan pelan postpaid yang mempunyai talian tambahan (Supplementary Line), kesemua talian tersebut termasuk nombor utama perlu dibuat MNP sekaligus.

Untuk MNP bersama nombor Supplementary Line yang anda miliki, masukkan nombor tersebut di ruangan "Selected Number/s" dan tekan butang Add Number

Sekiranya anda tidak mahu MNP nombor Supplementary Line, anda perlu pergi ke centre telco asal terlebih dahulu untuk pisahkan / asingkan akaun nombor-nombor tersebut.
Telco asal akan reject permohonan MNP jika talian tambahan masih ada dalam satu akaun yang sama.

Maklumat Pendaftaran Simkad ONEXOX

Langkah seterusnya, isi maklumat penghantaran dan pendaftaran simkad dalam borang online yang disediakan.

Pastikan anda isi semua maklumat dengan lengkap dan betul supaya tak berlaku sebarang isu dengan proses penghantaran dan pendaftaran simkad anda.

Maklumat penghantaran dan pendaftaran simkad ONEXOX

Setelah selesai isi semua maklumat tersebut, tekan butang Checkout untuk ke langkah seterusnya.

Kaedah Bayaran Pembelian Simkad ONEXOX

Kaedah bayaran boleh menggunakan Kad Kredit / Debit, atau Online Banking melalui sistem FPX (Payment Gateway).

Jika bayar menggunakan Kad Kredit / Debit, isi maklumat kad yang diperlukan untuk proses pembayaran.

Jika bayar melalui Online Banking, hanya perlu pilih bank yang ingin digunakan kemudian login saja akaun bank tersebut untuk buat pembayaran.

Kaedah bayaran ONEXOX Online Store
Kaedah bayaran ONEXOX Online Store

Kaedah bayaran ONEXOX Online Store

Butiran Pembelian Simkad ONEXOX

Setelah bayaran berjaya dibuat, anda akan terima email butiran pembelian. Simpan butiran tersebut untuk rujukan (sekiranya diperlukan).

Bila simkad dah diproses untuk penghantaran, nombor tracking pos akan dihantar ke alamat email anda. Boleh semak status penghantaran menggunakan nombor tracking tersebut.


Contoh email dengan nombor tracking pos simkad ONEXOX
Semak status penghantaran di laman web tracking.my
Itu saja cara beli simkad ONEXOX secara online melalui ONEXOX Online Store. Mudah je kan?


Aktifkan Simkad ONEXOX

Apabila simkad ONEXOX yang dihantar telah diterima, anda perlu aktifkan simkad tersebut terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.

Aktifkan Simkad Nombor Baru

Simkad Nombor Baru perlu diaktifkan melalui Aplikasi XOX Black.

Install dan buka aplikasi Black, kemudian tekan "Activate SIM" dan ikut arahan yang diberikan dalam aplikasi tersebut.

Cara aktifkan simkad ONEXOX
Cara aktifkan simkad ONEXOX

Aktifkan Simkad MNP (Kekal Nombor Lama)

Untuk simkad jenis MNP (Kekal Nombor Lama) pula, anda perlu buat pengesahan pendaftaran MNP terlebih dahulu.

  1. Pergi ke laman web – https://onexox.my/onlinestore/mnp/index
  2. Tekan "Port-in Sim Card Verification"
  3. Isi butiran Nombor Telefon dan Nombor Siri Simkad XOX yang diterima.
  4. Proses MNP akan bermula setelah pengesahan dibuat.
  5. Tunggu SMS pengesahan port-out yang akan dihantar oleh telco asal.
  6. Balas SMS tersebut dengan segera.
  7. Tunggu sehingga proses MNP siap (simkad telco asal akan hilang signal).
  8. Status MNP boleh semak di laman web:
    https://onexox.my/onlinestore/mnp/index (Port-in Status)

Sekiranya permohonan MNP anda di-reject oleh telco asal, boleh buat "Port-in Resubmission" di laman web yang sama untuk ulang semula proses MNP.
Semak Reject Code MNP terlebih dahulu sebelum buat Resubmission.
Setelah proses MNP siap, boleh masukkan simkad ONEXOX ke dalam telefon bimbit anda.