Melalui MNP (Mobile Number Portability) anda boleh berpindah talian ke telco ONEXOX dengan mengekalkan nombor telefon sedia ada milik anda.

Anda tak perlu risau tentang kemungkinan kenalan tidak dapat menghubungi anda kerana nombor anda kekal sama, cuma penyedia rangkaian (telco) saja yang bertukar.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum membuat permohonan MNP.
Sila patuhi syarat-syarat MNP yang dinyatakan bagi memudahkan urusan MNP dan permohonan MNP dapat diproses tanpa sebarang isu.

Pelanggan Prabayar / Prepaid

  1. Pastikan anda ialah pemilik akaun (nombor telefon).
     
  2. Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan mestilah sama dengan butiran yang diguna semasa mendaftar di telco asal. Hanya penama yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan MNP.
     
  3. Akaun masih dalam keadaan aktif.
     
  4. Tempoh sah kredit masih aktif dan boleh membuat panggilan keluar.
     
  5. Jika kredit expired, sila topup sekurang-kurang RM5 untuk aktifkan semula tempoh sah.

    *Baki kredit yang ada dikira lupus / hangus setelah siap proses MNP. Hanya nombor telefon sahaja dipindahkan.

Pelanggan Pascabayar / Postpaid

  1. Pastikan anda ialah pemilik akaun (nombor telefon).
     
  2. Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan mestilah sama dengan butiran yang diguna semasa mendaftar di telco asal. Hanya penama yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan MNP.
     
  3. Akaun masih dalam keadaan aktif.
     
  4. Tiada kontrak dengan penyedia rangkaian / telco asal.
     
  5. Bayar kesemua bil semasa dan tunggakan (jika ada) sebelum memohon untuk MNP.
     
  6. Jika akaun anda mempunyai talian tambahan (sub-line), anda perlu pisahkan akaun terlebih dahulu sebelum MNP dibuat, ATAU kesemua talian mesti dipindahkan bersama.

Proses MNP / Pindah Nombor

  • Proses MNP mengambil masa antara 1-5 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan dibuat (bergantung pada tempoh kelulusan daripada pihak telco asal).
     
  • Setelah permohonan MNP diproses, anda akan menerima SMS daripada telco asal untuk tujuan pengesahan port out.
     
  • SMS tersebut perlu dibalas dengan segera sebagai persetujuan untuk bertukar kepada penyedia rangkaian yang baru, iaitu ONEXOX.
     
  • Sila rujuk penyedia rangkaian anda jika terdapat sebarang kesulitan semasa memohon untuk MNP ke telco ONEXOX.

Format SMS Pengesahan Port Out

PENTING!
Anda mesti balas SMS pengesahan 'port out' dengan kadar segera seperti arahan dalam SMS dan mengikut tempoh masa yang diberikan.

Jika SMS tidak dibalas atau terlebih masa, proses MNP akan terbatal dan permohonan MNP perlu dibuat semula.

Format balas SMS pengesahan Port-Out MNP