Adakala pendaftaran dengan cara MNP (Kekal Nombor Lama) akan menghadapi isu gagal port-out dari talian telco asal kepada talian telco baru. Biasanya disebabkan maklumat pendaftaran tidak tepat.

Jika berlaku, sila semak Reject Code MNP dan cara penyelesaiannya.

Berikut adalah Reject Code atau Error Code yang biasa berlaku dalam proses port-out dan apa yang perlu anda lakukan jika berhadapan dengan kod-kod tersebut.

Senarai Reject Code MNP

REJECT CODE / ERROR CODE REMARK / RESOLUTION
SP10 – Nombor kad pengenalan baru salah Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (telco asal). Betulkan dan submit semula permohonan MNP.
SP11 – Nombor kad pengenalan lama salah Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (telco asal). Betulkan dan submit semula permohonan MNP.
SP12 – Nombor ID polis / tentera salah Semak butiran nombor ID polis / tentera pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (telco asal). Betulkan dan submit semula permohonan MNP.
SP13 – Nombor passport salah Semak butiran passport pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada (telco asal). Betulkan dan submit semula permohonan MNP.
SP51 – Nombor masih mempunyai kontrak dengan telco asal Semak dengan penyedia rangkaian sedia ada (telco asal) sama ada nombor tersebut mempunyai kontrak atau tidak. Pemilik asal perlu batalkan kontrak sedia ada. Sekiranya kontrak sudah dibatalkan, boleh submit semula permohonan MNP.
SP52 – Mempunyai akaun tertunggak Pemilik asal perlu jelaskan pembayaran akaun yang tertunggak dengan penyedia rangkaian sedia ada (telco asal). Jika boleh, lebihkan pembayaran bil. Sekiranya akaun telah dibersihkan dari tunggakan, submit semula permohonan MNP.
SP54 – Nombor yang di-MNP bukan dari telco yang didaftar Pemilik asal perlu semak dengan rangkaian sedia ada (telco asal) sama ada nombor tersebut adalah betul dari rangkaian yang didaftarkan. Setelah mendapat pengesahan, submit semula permohonan MNP.
SP55 – Nombor telah tiada perkhidmatan Pemilik asal perlu pastikan nombor masih aktif dan sah sebelum membuat permohonan MNP. Sekiranya nombor telah tiada perkhidmatan, nombor tersebut tidak boleh digunakan lagi.
SP56 – Nombor tersebut iaitu Pemegang Akaun Utama (Principal Line) mempunyai talian tambahan di bawahnya (Supplementary Line) Pemegang Akaun Utama mesti pergi ke penyedia rangkaian sedia ada (telco asal) untuk tamatkan talian tambahan atau salah satu nombor dari talian tambahan tadi perlu mendaftar semula menjadi Pemegang Akaun Utama (Principal Line). Kemudian, boleh submit semula permohonan MNP.
SP57 – Talian tambahan (Supplementary Line) mempunyai Pemegang Akaun Utama (Principal Line) yang perlu dialihkan Pemegang Talian Tambahan perlu mendaftar semula sebagai Pemegang Akaun Utama. Sebaik sahaja proses ini selesai, boleh teruskan permohonan MNP.
SP58 – Sebahagian atau semua nombor bukan kepunyaan pelanggan atau syarikat utama Pengguna Talian Tambahan (Supplementary Line) perlu mendaftar semula sebagai Pengguna Utama (Principal Subscriber) atau sebagai Pengguna Individu. Sebaik sahaja proses ini selesai, boleh teruskan permohonan MNP.
SP59 – Melebihi had kredit Pastikan penggunaan perkhidmatan sedia ada tidak melebihi had kredit yang ditetapkan oleh operator rangkaian semasa.
SP61 – Nombor pelanggan dicabut sementara (disconnected), sama ada secara tidak sukarela dan sukarela Pelanggan perlu semak status talian / nombor mereka dengan penyedia perkhidmatan semasa. Pastikan nombor masih aktif / dihubungkan dengan penyedia rangkaian semasa sebelum permohonan MNP dibuat.
SP71 – User TIDAK / LAMBAT membalas SMS pengesahan port out daripada telco asal Submit semula permohonan MNP dan pastikan pengguna membalas SMS pengesahan port out dengan kadar segera.
SP72 – Pengguna menjawab TIDAK / NO kepada SMS pengesahan port out daripada telco asal Submit semula permohonan MNP dan pastikan pengguna membalas SMS pengesahan port out dengan betul.
MPG2012 – DonorID (rangkaian telco asal) salah untuk nombor telefon. Submit semula permohonan MNP dengan DonorID yang betul untuk nombor tersebut.