Kini anda boleh topup akaun Prabayar (Prepaid) dan membayar bil ONEXOX Black anda dengan lebih mudah menggunakan perkhidmatan F.A.S.T. (Fast And Simple Transaction) yang disediakan oleh XOX.

Hanya perlu pergi ke laman web XOX FAST, masukkan nombor telefon anda (yang ingin ditopup) dan juga alamat email.

Kemudian, pilih nilai topup dan Submit untuk teruskan dengan proses pembayaran secara atas talian (online banking).

Cara Topup / Bayar Bil dengan XOX FAST


1. Layari Laman Web XOX FAST – http://fast.onexoxplan.com

  • Isi nombor telefon – yang nak dibuat tambah nilai (Prepaid) atau bayar bil (Black).
  • Isi alamat email – untuk terima resit bayaran yang telah berjaya dibuat.
  • Pilih nilai bayaran untuk topup / bayar bil – RM10, RM30, RM50, RM100 atau amaun pilihan anda (minimum RM10).

Sistem topup XOX FAST

2. Sahkan Maklumat untuk Tambah Nilai / Bayar Bil

  • Semak nombor telefon & tandakan pada kotak "I confirm the mobile number entered is correct".
  • Semak alamat email dan amaun (jumlah bayaran).
  • Tandakan pada kotak "I acknowledge and agree to the Terms & Conditions"
    "I consent to the use of my personal data in the manner and for the purposes stipulated in the Privacy Notice".

XOX FAST Topup Summary

  • Tekan butang Submit untuk teruskan ke proses pembayaran.

3. Pilih Kaedah Bayaran (Sistem FPX)

  • Kaedah bayaran boleh dibuat menggunakan Credit Card / Online Banking / eWallet.
  • Dalam tutorial cara guna sistem XOX FAST ini, ditunjukkan kaedah bayaran menggunakan Online Banking – melalui CIMB Clicks.

Kaedah Bayaran XOX FAST
XOX FAST Online Banking
  • Pilih bank yang anda nak gunakan untuk membuat bayaran secara online.
  • Tekan butang Proceed untuk teruskan dengan proses pembayaran.
  • Tetingkap akan dibuka dan membawa anda terus ke laman web bank yang dipilih.

4. Log Masuk akaun Online Banking

  • Sekiranya anda membuat bayaran online menggunakan bank lain (yang ada dalam senarai online banking sistem FPX), log masuk ke akaun bank tersebut.

XOX Fast Bayar Online
XOX FAST Online Banking TAC
  • Semak butiran pembayaran dan jumlah transaksi yang akan dibuat.
  • Request & masukkan nombor TAC di ruangan disediakan, kemudian tekan butang Submit.

5. Keputusan Transaksi Pembayaran

  • Halaman berikutnya akan memaparkan keputusan transaksi pembayaran yang telah dibuat.
  • Tekan butang "Continue with Transaction" untuk proses seterusnya — sesi online banking akan log keluar secara automatik.
  • Kemudian tekan butang "Return to FPX" — tetingkap online banking akan tertutup secara automatik dan akan kembali ke tetingkap sistem XOX FAST yang akan memaparkan status pembayaran yang telah berjaya dibuat.
PERHATIAN !!
Pastikan anda klik pada butang Continue with Transaction > Return to FPX untuk membolehkan status transaksi pembayaran anda dikemaskini segera pada sistem XOX.

Sekiranya tetingkap ditutup secara sengaja atau tidak sengaja, transaksi pembayaran online akan menjadi tidak lengkap. Status pembayaran anda akan lambat dikemaskini dan anda perlu hubungi pihak XOX untuk selesaikan isu pembayaran.

6. Status Transaksi Bayaran Bil / Topup

  • Setelah urusan pembayaran selesai, anda akan dapat lihat paparan "Transaction Status" memberitahu status bayaran yang telah berjaya dibuat melalui sistem XOX FAST.

Resit Bayaran XOX FAST
  • Boleh tekan butang GET YOUR RECEIPT HERE untuk muat turun resit topup / bayaran bil.
  • Pemberitahuan penerimaan bayaran akan dihantar ke alamat email yang diberikan sebelum ini, dan juga melalui SMS yang dihantar ke nombor telefon (daripada nombor 23388)

Selesai urusan topup / bayar bil menggunakan XOX FAST. Mudah saja..


Soalan Lazim Tentang XOX FAST

Anda boleh membuat tambah nilai pelan ONEXOX Prepaid anda dan juga membayar bil ONEXOX BLACK untuk diri sendiri, kawan, keluarga dan sesiapa saja.

Tidak. Anda tak perlu mendaftar atau log masuk untuk menggunakan perkhidmatan FAST ini.

Tiada caj tambahan untuk menggunakan perkhidmatan ini, selain daripada nilai topup yang dipilih.

Ya. Anda boleh membayar bil untuk rakan / keluarga anda yang melanggan pelan ONEXOX Prepaid dan ONEXOX BLACK.

Ya, boleh. XOX FAST disediakan untuk pelanggan membayar bil ONEXOX BLACK dan membuat tambah nilai ONEXOX Prepaid.

Setelah bayaran bil / tambah nilai berjaya, pemberitahuan akan dihantar ke alamat e-mel yang telah anda isi sebelumnya dengan resit digital.

Selain itu, satu SMS pemberitahuan juga akan dihantar ke nombor telefon.

Tidak. Sebarang topup dan bayaran bil secara tak sengaja pihak kami tidak akan memberi bayaran balik. Sila pastikan nombor yang betul dimasukkan sebelum buat pembayaran.