ONEXOX Prepaid terkenal dengan Tempoh Sah Terpanjang di Malaysia – di mana ONEXOX menawarkan tempoh aktif permulaan selama 28 bulan!
Tempoh aktif ini diberi PERCUMA kepada semua pengguna yang baru mendaftar talian ONEXOX sama ada dengan cara MNP (Kekal Nombor Lama) ataupun mendaftar Nombor Baharu.

Walau bagaimanapun, tempoh aktif 28 bulan ini ditawarkan dengan bersyarat.

Setiap pengguna yang mendaftar nombor baru, untuk dapatkan tempoh aktif 28 bulan mereka perlu membuat langganan pakej Welcome Deal.

Cara Dapatkan Tempoh Aktif 28 Bulan Simkad ONEXOX

Berikut adalah cara untuk dapatkan Tempoh Aktif 28 Bulan.

Beli Pakej 'WELCOME DEAL'

Untuk dapatkan tempoh aktif 28 bulan, pengguna baru ONEXOX perlu melanggan atau beli salah satu pakej 'Welcome Deal' yang ditawarkan:
  • RM35 = Unlimited Data + 50 Minit Panggilan
    (Kod: SP UNL35)

  • RM30 = 333 Minit Panggilan
    (Kod: SP FATVOICE)

  • RM30 = Data 10GB + 100 Minit Panggilan
    (Kod: SP FAT5M)

  • RM30 = Data 20GB
    (Kod: SP FAT20)

  • RM50 = Data 20GB + 333 Minit Panggilan
    (Kod: SP FAT10M)

  • RM50 = Data 10GB + 10GB Season Pass
    (Kod: SP FAT10)

Beli melalui SMS: Taip "Kod Pakej" dan hantar ke 23388 atau 22111
Contoh: Taip SP UNL35 dan hantar ke 23388 atau 22111

Setelah anda beli salah satu pakej 'Welcome Deal' ini, tempoh aktif 28 bulan akan dikemaskini serta merta. Kemudian anda boleh semak tarikh luput terkini melalui Easy Menu *150*1#


Cara Dapatkan Tempoh Aktif 28 Bulan ONEXOX Prepaid
Pengguna ONEXOX yang baru mendaftar disarankan membeli pakej WELCOME DEAL ini kerana ianya adalah syarat untuk dapatkan tempoh aktif 28 bulan.

Bagi mereka yang mendaftar ONEXOX Prepaid tanpa melanggan Welcome Deal, tidak layak untuk terima tempoh aktif 28 bulan.

Pakej 'Welcome Deal' ini hanya sah untuk dilanggan dalam masa 10 hari dari tarikh pengaktifan (simkad aktif). Selepas 10 hari, pakej khas ini tidak boleh dilanggan lagi.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh Hubungi Admin untuk maklumat lanjut.

Belum jadi pengguna? Dapatkan simkad ONEXOX sekarang!

XOX Online Store