Apakah manfaat mendaftar pelan ONEXOX BLACK ini?
- Nikmati internet berkelajuan tinggi, panggilan dan SMS ke semua rangkaian.
- Data, Minit Panggilan dan SMS boleh dikongsi atau dipindah milik kepada pengguna ONEXOX lain.
- Baki kuota Data, Minit Panggilan dan SMS yang tidak habis digunakan secara automatik akan dibawa ke hadapan (Carry Forward) setiap bulan.
- Pakej yang pelbagai dengan komitmen bulanan yang sangat minima, serendah RM10 sahaja!
- Boleh buat penukaran pakej yang dilanggan kepada pakej Black yang lain.
- Pembayaran bil yang sangat mudah – Melalui tambah nilai / topup, sistem bayaran online XOX FAST, pembayaran melalui pengedar sah ONEXOX, melalui aplikasi XOX BLACK, JomPAY, atau secara auto debit.
Pakej ONEXOX BLACK
Apakah pelan ONEXOX BLACK yang boleh dipilih untuk melanggan? Adakah perlu buat sebarang pembayaran?
Untuk pendaftaran pelan ONEXOX BLACK, pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada dan pelanggan Black baharu perlu membuat bayaran pendahuluan (advance payment) mengikut pelan ONEXOX BLACK yang dipilih.
Pelan didatangkan bersama Data, Minit Panggilan dan SMS berdasarkan pelan yang dilanggan.
*Harga yang dipaparkan tak termasuk 6% SST
Pelan didatangkan bersama Data, Minit Panggilan dan SMS berdasarkan pelan yang dilanggan.
*Harga yang dipaparkan tak termasuk 6% SST
Bolehkah saya membayar lebih daripada pra-pembayaran 'diperlukan' apabila saya melanggan pelan ONEXOX BLACK?
Pelanggan ONEXOX BLACK boleh membuat pra-pembayaran tambahan lebih daripada harga pelan ONEXOX BLACK yang dilanggan.
Ia akan dibawa ke hadapan dan ditunjukkan dalam penyata BLACK yang seterusnya.
Contoh:
Sekiranya pelanggan ONEXOX BLACK melanggan pelan B39DB dan membuat pra-pembayaran sebanyak RM49, RM10 tambahan akan ditunjukkan dalam penyata BLACK seterusnya selagi mereka tidak menggunakan RM10 tersebut pada bulan semasa.

Tukar Dari Prepaid kepada BLACK
Bolehkah pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada bertukar ke pelan ONEXOX BLACK?
Boleh! Dengan cara COBP (Change of Business Plan)
Apa yang berlaku kepada item-item di dalam kaunter Season Pass pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada setelah bertukar ke pelan ONEXOX BLACK?
Item yang akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK:
Item yang tidak dibawa ke akaun ONEXOX BLACK:
- Data, Minit & SMS di dalam kaunter SEASON PASS
- Kredit yang belum digunakan
Item yang tidak dibawa ke akaun ONEXOX BLACK:
- Data yang telah diaktifkan
- Tempoh sah
- SMS percuma
- Loyalty point
Saya seorang pelanggan ONEXOX Prepaid dan mempunyai kredit RM100 dalam akaun prepaid saya. Adakah kredit saya akan 'burn' sebaik sahaja saya naik taraf ke pelan ONEXOX BLACK?
Kredit anda tidak akan 'burn'.
Apabila pelanggan ONEXOX Prepaid menaik taraf ke pelan ONEXOX BLACK, kesemua baki kredit prepaid mereka akan dipindahkan ke akaun ONEXOX BLACK dan akan ditunjukkan dalam penyata BLACK.
Apabila pelanggan ONEXOX Prepaid menaik taraf ke pelan ONEXOX BLACK, kesemua baki kredit prepaid mereka akan dipindahkan ke akaun ONEXOX BLACK dan akan ditunjukkan dalam penyata BLACK.
Berapa banyakkah data yang akan dipindahkan ke akaun ONEXOX BLACK setelah pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada berjaya menukar pelan?
Maksimum 100GB.
Sebagai contoh, jika pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada mempunyai 200GB di dalam kaunter SEASON PASS dan mereka menaik taraf ke ONEXOX BLACK, mereka hanya akan mempunyai 100GB dalam akaun ONEXOX BLACK.
Data yang boleh dibawa dan dikumpulkan di bulan hadapan (carry forward) juga maksimum 100GB.

Pakej Season Pass Untuk ONEXOX BLACK
Bolehkah pengguna ONEXOX BLACK membeli pakej Season Pass dan promosi Happy Hour?
Pelanggan ONEXOX BLACK boleh membeli pakej Season Pass dan promo Happy Hour kami sekiranya mereka memerlukan data/minit tambahan.
Dengan syarat mereka mempunyai pra-pembayaran atau baki kredit yang mencukupi dalam akaun ONEXOX BLACK mereka.
Jumlah data dalam akaun ONEXOX BLACK pula tidak boleh melebihi 100GB selepas pembelian.
Dengan syarat mereka mempunyai pra-pembayaran atau baki kredit yang mencukupi dalam akaun ONEXOX BLACK mereka.
Jumlah data dalam akaun ONEXOX BLACK pula tidak boleh melebihi 100GB selepas pembelian.
Apakah yang berlaku sekiranya pelanggan ONEXOX BLACK telah menggunakan kesemua Data, Minit Panggilan dan SMS di dalam akaun ONEXOX BLACKnya?
- Untuk Minit Panggilan, penggunaan dikira berdasarkan kadar pay per use di mana pelanggan akan dicaj RM0.15/minit mengikut blok 30 saat (7 sen untuk 30 saat pertama dan 8 sen untuk 30 saat kedua) dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya.
Dengan syarat yang sama, pelanggan ONEXOX BLACK juga boleh memilih untuk membeli promosi Happy Hour (333 minit @ RM30) atau pakej minit Season Pass (999 minit @ RM90) atau pakej kombo Season Pass (10GB + 333 minit @ RM80 dan 20GB + 333 minit @ RM130).
- Untuk SMS, penggunaan dikira berdasarkan kadar pay per use di mana pelanggan akan dicaj RM0.10 bagi setiap SMS dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya.
- Untuk data, tiada kadar pay per use dikenakan. Pelanggan boleh mendapatkan data tambahan dengan membeli promosi Happy Hour atau mana-mana pakej Season Pass dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya dan jumlah GB di dalam akaunnya tidak melebihi 100GB setelah pembelian dibuat.
Data yang dibeli akan tersimpan di dalam akaun ONEXOX BLACK dan pelanggan boleh terus menikmati internet tanpa perlu mengaktifkan langganan data terlebih dahulu.
- Anda juga boleh beli Pakej Add-On Data. Kesemua data adalah #BURNPROOF.
BLACK ADD-ON HARGA KOD LANGGANAN SMS KE 1GB RM10 Add 1GB 23388 2GB RM18 Add 2GB 23388
Adakah saya perlu mengaktifkan data secara manual sebaik sahaja saya membeli sebarang pakej Season Pass, promo Happy Hour, atau Add On?
Tak perlu! Sebaik sahaja anda membeli mana-mana pakej Pass Season, promo Happy Hour atau Add On, data akan disimpan dalam akaun ONEXOX BLACK dan aktif secara automatik.
Jadi, tidak perlu mengaktifkan data secara manual dari kaunter Season Pass.
Jadi, tidak perlu mengaktifkan data secara manual dari kaunter Season Pass.
Penyata Bil ONEXOX BLACK dan Pembayaran
Adakah terdapat Penyata Bulanan dalam bentuk Salinan Digital atau bercetak kepada pelanggan ONEXOX BLACK?
- Penyata bulanan salinan digital akan dihantar ke email yang telah didaftarkan tanpa sebarang bayaran.
- Penyata bulanan bercetak juga boleh diminta dengan kadar RM5 setiap bulan. Sila pastikan alamat surat menyurat yang diberikan adalah tepat.
Adakah pelanggan ONEXOX BLACK dikenakan cukai dalam bil?
Cukai Perkhidmatan (SST) 6% tidak dikenakan ke atas pendaftaran ONEXOX BLACK.
Tetapi SST dikenakan untuk item atau perkhidmatan yang disediakan oleh ONEXOX seperti Caj Bulanan, penggunaan Panggilan dan SMS (Domestik / Antarabangsa / Perayauan), Data Tambahan, Pembelian Season Pass & Happy Hour, serta Value Added Services (VAS).

Bilakah pelanggan ONEXOX BLACK akan menerima penyata BLACK sekiranya mendaftar pada 26 Januari 2022?
Pelanggan akan menerima e-Penyata atau penyata bercetak (jika diminta) pada 26 Februari 2022.
Pendaftaran pada 29, 30 & 31 haribulan akan menerima penyata pada 1 haribulan bulan berikutnya.
Pendaftaran pada 29, 30 & 31 haribulan akan menerima penyata pada 1 haribulan bulan berikutnya.
Bagaimana caranya untuk pelanggan ONEXOX BLACK membuat pembayaran bil?
- Pembayaran melalui mana-mana Pengedar Sah ONEXOX
- Pembayaran Online melalui XOX FAST (sistem bayaran XOX)
- Pembayaran melalui aplikasi XOX BLACK
- Pembayaran debit terus (auto debit)
- Pembelian baucar tambah nilai di :
Garis masa ONEXOX Black, sekiranya bayaran tidak dibuat oleh pelanggan.
Pelanggan akan mengalami situasi berikut sekiranya bayaran bulanan tidak dibuat:
Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menggunakan Data, Minit Panggilan dan SMS daripada kaunter ONEXOX BLACK sewaktu akaunnya digantung atau disekat?
Tidak. Pelanggan tidak boleh menggunakan sebarang Data, Minit Panggilan dan SMS sewaktu akaunnya digantung atau disekat.
- Digantung (Barred) : Hanya boleh menerima panggilan dan SMS.
- Disekat (Blocked) : Tiada sebarang aktiviti dibolehkan.
Tukar Pelan ONEXOX BLACK
Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menukar pelan yang dilanggan dengan mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang lain?
Ya. Pelanggan Black boleh menukar pelan Black yang lain melalui Pengedar Sah ONEXOX, atau melalui Aplikasi XOX Black, atau Selfcare.
Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menukar semula ke pelan ONEXOX Prepaid?
Boleh.. Pelanggan ONEXOX BLACK yang ingin menukar semula ke pelan ONEXOX Prepaid boleh buat pertukaran pelan melalui Aplikasi XOX Black atau Selfcare XOX.
Walau bagaimanapun, kesemua item (kredit, data, minit, SMS) yang terdapat di dalam akaun ONEXOX BLACK tidak akan dipindahkan ke akaun ONEXOX Prepaid.
Walau bagaimanapun, kesemua item (kredit, data, minit, SMS) yang terdapat di dalam akaun ONEXOX BLACK tidak akan dipindahkan ke akaun ONEXOX Prepaid.
Info Lanjut: ONEXOX BLACK FAQ