XOX FAST

Berita baik buat semua pengguna ONEXOX. Kini anda boleh topup akaun Prabayar (Prepaid) dan membayar bil ONEXOX Black anda dengan lebih mudah menggunakan perkhidmatan F.A.S.T. (Fast And Simple Transaction) yang disediakan oleh XOX.

Hanya perlu pergi ke laman web XOX FAST, masukkan nombor telefon anda (yang ingin ditopup) dan juga alamat email. Kemudian, pilih nilai topup dan 'Submit' untuk teruskan dengan proses pembayaran secara atas talian (online banking).

Topup dengan XOX FAST

Cara Topup / Bayar Bil Menggunakan XOX FAST

1. Layari Laman Web XOX FAST — http://fast.onexoxplan.com

  • Isi nombor telefon — yang nak dibuat tambah nilai (Prepaid) atau bayar bil (Black).
  • Isi alamat email — untuk terima resit bayaran yang telah berjaya dibuat.
  • Pilih nilai bayaran untuk topup / bayar bil — RM10, RM30, RM50 atau amaun pilihan anda (minima RM10).

Laman Web XOX FAST


2. Sahkan Maklumat untuk Tambah Nilai / Bayar Bil

  • Semak nombor telefon & tandakan pada kotak "I confirm the mobile number entered is correct".
  • Semak alamat email dan amaun (jumlah bayaran).
  • Tandakan pada kotak "I acknowledge and agree to the Terms & Conditions".
  • Tandakan pada kotak "I consent to the use of my personal data in the manner and for the purposes stipulated in the Privacy Notice".

XOX FAST Maklumat Akaun
  • Tekan butang "Submit" untuk teruskan ke proses pembayaran.


3. Pilih Kaedah Bayaran (Sistem FPX)

  • Kaedah bayaran boleh dibuat menggunakan Credit Card / Online Banking / eWallet.
  • Dalam tutorial cara guna sistem XOX FAST ini, ditunjukkan kaedah bayaran menggunakan Online Banking — melalui CIMB Clicks.

Kaedah Bayaran XOX FAST
XOX FAST Online Banking
  • Pilih bank yang anda nak gunakan untuk membuat bayaran secara online.
  • Tekan butang "Proceed" untuk teruskan dengan proses pembayaran.
  • Tetingkap akan dibuka dan membawa anda terus ke laman web bank yang dipilih.


4. Log Masuk akaun Online Banking

  • Sekiranya anda membuat bayaran online menggunakan bank lain (yang ada dalam senarai online banking sistem FPX), log masuk ke akaun bank tersebut.

XOX Fast Bayar Online
XOX FAST Online Banking TAC
  • Semak butiran pembayaran dan jumlah transaksi yang akan dibuat.
  • Request & masukkan nombor TAC di ruangan disediakan, kemudian tekan butang 'Submit'.


5. Keputusan Transaksi Pembayaran

  • Halaman berikutnya akan memaparkan keputusan transaksi pembayaran yang telah dibuat.
  • Tekan butang "Continue with Transaction" untuk proses seterusnya — sesi online banking akan log keluar secara automatik.
  • Kemudian tekan butang "Return to FPX" — tetingkap online banking akan tertutup secara automatik dan akan kembali ke tetingkap sistem XOX FAST yang akan memaparkan status pembayaran yang telah berjaya dibuat.
PERHATIAN !!
Pastikan anda klik pada butang "Continue with Transaction" dan kemudian klik butang "Return to FPX" untuk membolehkan status transaksi pembayaran anda dikemaskini segera pada sistem XOX.

Sekiranya tetingkap ditutup secara sengaja atau tidak sengaja, transaksi pembayaran online akan menjadi tidak lengkap. Status pembayaran anda akan lambat dikemaskini dan anda harus berhubung dengan pihak XOX untuk selesaikan isu pembayaran.


6. Status Transaksi Bayaran Bil / Topup

  • Setelah urusan pembayaran selesai, anda akan dapat lihat paparan "Transaction Status" memberitahu status bayaran yang telah dibuat melalui sistem XOX FAST.

Resit Bayaran XOX FAST
  • Pemberitahuan penerimaan bayaran akan dihantar ke alamat email yang diberikan sebelum ini.
  • Satu SMS pemberitahuan juga akan dihantar ke nombor telefon (daripada nombor 23388)
  • Tekan butang "GET YOUR RECEIPT HERE" untuk muat turun resit topup / bayaran bil.

Selesai urusan topup / bayar bil menggunakan XOX FAST. Mudah saja..

Topup dengan XOX FAST

Soal Jawab XOX FAST

Apa yang boleh saya lakukan dengan Perkhidmatan XOX FAST?

Anda boleh membuat tambah nilai pelan ONEXOX Prepaid anda dan juga membayar bil ONEXOX BLACK untuk diri sendiri, kawan, keluarga dan sesiapa saja.

Untuk menggunakan ciri FAST ini, adakah saya perlu mendaftar atau log masuk untuk membuat tambah nilai Prabayar atau membayar bil BLACK?

Tidak. Anda tak perlu mendaftar atau log masuk untuk menggunakan perkhidmatan FAST ini.

Adakah terdapat caj tambahan untuk menggunakan perkhidmatan XOX FAST ini?

Tiada caj tambahan untuk menggunakan perkhidmatan ini, selain daripada nilai topup yang dipilih.

Saya seorang pelanggan pembekal perkhidmatan mudah alih yang lain. Bolehkah saya menggunakan XOX FAST untuk topup atau membayar bil rakan-rakan / keluarga saya yang merupakan pelanggan mudah alih ONEXOX?

Ya. Anda boleh membayar bil untuk rakan / keluarga anda yang melanggan pelan ONEXOX Prepaid dan ONEXOX BLACK.

Bolehkah saya menggunakan XOX FAST untuk membayar bil akaun ONEXOX BLACK saya?

Ya, boleh. XOX FAST disediakan untuk pelanggan membayar bil ONEXOX BLACK dan membuat tambah nilai ONEXOX Prepaid.

Bagaimanakah saya tahu jika urusan bayaran bil / topup melalui XOX FAST ini berjaya?

Setelah bayaran bil / tambah nilai berjaya, pemberitahuan akan dihantar ke alamat e-mel yang telah anda isi sebelumnya dengan resit digital. Selain itu, satu SMS pemberitahuan juga akan dihantar ke nombor telefon.

Sekiranya saya secara tak sengaja membayar bil untuk nombor yang salah, adakah saya akan mendapat bayaran balik?

Tidak. Sebarang topup dan bayaran bil secara tak sengaja, pihak kami tidak akan memberi bayaran balik. Sila semak dengan teliti nombor telefon dan email yang diisi sebelum membuat bayaran.
 
Talian Khidmat Pelanggan ONEXOX
FAQ / Topup / Panduan Pengguna / Blog
© ONEXOX PLAN. Hakcipta Terpelihara.