ONEXOX memperkenalkan pelan edisi The Bos Gaurus (TBG) iaitu pelan eksklusif terbaharu khas buat penyokong Perak FC.

Pelan baharu ONEXOX Edisi Perak FC ini bertujuan untuk menyampaikan pengisian eksklusif bagi meningkatkan penglibatan para peminat bola sepak tempatan. Info dan berita terkini tentang kelab kegemaran mereka akan terus dihantar ke telefon mudah alih.

Terdapat pakej yang berbeza untuk memenuhi keperluan penggunaan individu.

Pakej ONEXOX Edisi 'The Bos Gaurus' Perak FC

Pelan ONEXOX Black Edisi Perak FC
Pelan ONEXOX Black Edisi TBG Perak FC

PAKEJ DATA MASA BERBUAL SMS BAYARAN
TBG39 48GB UNLIMITED 100 SMS RM39 / Bulan
TBG59 60GB UNLIMITED 100 SMS RM59 / Bulan
TBG89 120GB UNLIMITED 200 SMS RM89 / Bulan
TBG150 UNLIMITED UNLIMITED 200 SMS RM150 / Bulan

(Harga yang dipaparkan tak termasuk 6% SST)

Pengguna internet tegar tidak perlu risau tentang perbelanjaan berlebihan dan boleh menarik nafas lega dengan memilih langganan tetap sebanyak RM150 bulanan untuk menikmati Data & Masa Berbual Tanpa Had.

Kelebihan Melanggan Pelan ONEXOX Edisi Perak FC

Kelebihan langganan pelan ONEXOX Edisi Perak FC ini adalah melalui faedah-faedahnya yang disertakan bersama pelan iaitu:
  • Barangan rasmi Perak FC percuma bernilai sehingga RM150
  • Tiket percuma untuk menonton perlawanan Perak FC di Stadium Perak
  • Diskaun menarik untuk pas bermusim Perak FC
  • Pakej hospitaliti pada hari perlawanan
  • Diskaun eksklusif untuk barangan rasmi Perak FC
  • Info dan berita terkini versi khas yang akan dihantar ke telefon mudah alih.

Kelebihan pelan ONEXOX edisi Perak FC

Bonus Tambahan Kempen "Deme Menang, Kome Dapat"

Selain itu, sebagai bonus tambahan daripada kempen "Deme Menang, Kome Dapat", pelanggan boleh menikmati ganjaran segera setiap kali Perak FC memenangi perlawanan.

Sebahagian daripada pungutan keuntungan kemudiannya akan diagihkan kepada kelab bola sepak yang akan mewujudkan aliran pendapatan tambahan dalam usaha pengkomersilan kelab.

Kerjasama ini akan membantu capaian ONEXOX kepada sebahagian daripada 700,000 penyokong setia Perak FC di Malaysia dalam usahanya meningkatkan jumlah pelanggan.

Ini memberikan ONEXOX peluang untuk menggunakan hak imej kelab, pemain-pemain, produk, lokaliti stadium, dan pengisian untuk tujuan pemasaran.

Bersama Perak FC, ONEXOX akan menyokong inisiatif bola sepak menawarkan peluang kepada anak-anak muda untuk bermain, bersaing, dan mempamerkan bakat mereka kepada agensi-agensi tempatan di daerah masing-masing.

ONEXOX dan Perak FC juga akan membangunkan beberapa inisiatif pemasaran bersama yang tertumpu kepada jenama eksklusif TBG (The Bos Gaurus) pada setiap perlawanan di tempat sendiri iaitu di Stadium Perak.


Dapatkan simkad ONEXOX Edisi Perak FC sekarang!

XOX Online Store