Update: Pelan ONEXOX Black B39 FC telah dinyahsenarai (remove) daripada semua platform XOX untuk pendaftaran baharu berkuat kuasa mulai 7 Mac 2023.

Rujuk pelan ONEXOX Black Edisi Perak FC yang terkini.

ONEXOX memperkenalkan pelan Black B39 FC sempena dengan pengambilalihan Kelab Bola Sepak Perak (Perak FC) yang kini dimiliki oleh syarikat XOX Berhad.

B39 FC adalah penjenamaan semula daripada pelan BLACK B39 sedia ada yang memberikan kuota Data 8GB + 200 Minit Panggilan + 50 SMS dengan bayaran bil bulanan RM41.35 (termasuk SST 6%).

Promosi Pelancaran Pelan B39 FC

Sempena pelancaran pelan B39 FC, ONEXOX menganjurkan kempen promosi kepada semua Pelanggan Baharu yang mendaftar pelan B39 FC ini dengan Nombor Baru atau MNP.

Tempoh promosi bermula 14 Julai 2022 sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

ONEXOX Black B39 FC

Ganjaran 10GB Data Tambahan untuk 6 Bulan Pertama

Setiap pelanggan baharu yang mendaftar pelan B39 FC sepanjang tempoh promosi layak menerima ganjaran 10GB data tambahan percuma untuk 6 bulan pertama.

*Dengan syarat – perlu buat bayaran bil penuh dengan segera secara berterusan setiap bulan (selama 6 bulan).

Data percuma 10GB akan dikreditkan ke akaun pelanggan pada hari berikutnya selepas pembayaran bil dibuat.

PELAN B39 FC
BIL BULANAN RM41.35 (termasuk SST 6%)
DATA 8GB + 10GB* (data percuma bagi yang layak)
MASA BERBUAL 200 Minit
SMS 50 SMS

Sekiranya tiada pembayaran dibuat dalam tempoh satu bulan (contoh: tidak bayar bil penuh pada bulan ke-3), kelayakan akan ditarik balik dan pelanggan tidak akan menerima GB data percuma yang selebihnya.

Setiap pelanggan dihadkan kepada maksimum 60GB sahaja bagi setiap akaun sepanjang tempoh promosi.

Data percuma 60GB (10GB x 6 bulan) adalah 'burnproof', boleh dibawa ke hadapan, dan boleh dikongsi.

Kelayakan Menyertai Kempen B39 FC

  • Promosi terbuka kepada semua pelanggan baharu berumur 18 tahun ke atas yang mendaftar pelan B39 FC dengan Nombor Baru atau MNP / Port-in.
  • Pelanggan ONEXOX Prepaid sedia ada yang menukar pelan (COBP) kepada B39 FC juga layak untuk promosi ini.
  • TIDAK LAYAK​ untuk pelanggan ONEXOX Black sedia ada yang Upgrade / Downgrade (COP) kepada pelan B39 FC.

Tertakluk pada Terma & Syarat.

Rujuk "FAQ Black B39 FC" untuk info lanjut.


Belum jadi pengguna? Dapatkan simkad ONEXOX sekarang!

XOX Online Store