Sukacita dimaklumkan bahawa satu program CSR (Corporate Social Responsibility) yang diberi nama "JOMBANTU" telah dilancarkan bermula 11 Ogos 2021.

JOMBANTU merupakan satu program CSR yang diinisiatifkan oleh XOX BERHAD dan ONE XOX SDN BHD bersama pengedar terpilih & pengguna berdaftar bagi membantu golongan pelajar yang memerlukan data internet untuk sesi pembelajaran dari rumah (PdPR).

JomBantu Sumbang Data Internet ONEXOX

Data Internet Untuk Sesi Pembelajaran Dalam Talian

Sesi pembelajaran perlu dilakukan secara dalam talian (online) bagi memastikan keselamatan para pelajar dalam keadaan COVID-19 yang sangat membimbangkan.

Namun, ada pelajar yang tak berkemampuan akan ketinggalan kerana mereka tidak mempunyai cara untuk membeli pakej data internet mudah alih yang mencukupi bagi mengikuti kelas online yang dibuat oleh pihak sekolah.

Ramai dalam kalangan pelajar di Malaysia berasa ketinggalan hanya kerana mereka tiada akses internet.

Oleh itu, JOMBANTU dilancarkan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan ini dengan memberi sumbangan 10GB data internet setiap bulan kepada mereka.

JomBantu Sumbang Data Internet ONEXOX
Program JOMBANTU terbuka kepada semua pengguna ONEXOX.

Cara Sumbangkan Data Internet Anda

Sumbang data internet anda melalui:

Jom bersama kita bantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan menerima pendidikan mereka secara dalam talian. Sumbangan anda amat besar nilainya dan sangat bermakna buat mereka.⁣

Sebahagian dari rezeki kita adalah milik orang lain. Bersama kita hulurkan sumbangan di dalam membantu pelajar-pelajar yang memerlukan demi meneruskan pembelajaran mereka.

JomBantu FAQ:
https://onexox.my/faq/details/jombantu-faq-bm


Belum jadi pengguna? Dapatkan simkad ONEXOX sekarang!

XOX Online Store