ONEXOX telah melancarkan pelan terbaru ONEXOX BLACK dengan sistem 'Credit Advance' di mana pembayaran dari penggunaan anda akan di-bil setiap bulan (bayar selepas guna).
Pelan ONEXOX BLACK didatangkan dengan harga serendah RM10 sebulan.
Isi Kandungan
Kelebihan ONEXOX Black Berbanding ONEXOX Prepaid
- Data tak perlu diaktifkan secara manual seperti Season Pass pelan Prepaid, kerana data plan Black akan terus Aktif dan boleh dibawa ke hadapan (Carry Forward).
- Data terus aktif dan tidak akan 'burn', berbanding Prepaid yang akan 'burn' setelah tamat tempoh langganan.
- Setiap bulan, kuota Data, Minit Panggilan dan SMS akan dimasukkan walaupun belum buat bayaran bil. Guna dulu, bayar kemudian.
- Kadar panggilan yang lebih jimat. Panggilan akan ditolak 0.5 minit untuk setiap 30 saat, berbanding Prepaid yang ditolak 1 minit walaupun panggilan kurang daripada 30 saat.
- Tiada pecahan akaun DA / MA. Semua penggunaan lebihan sekiranya habis kuota akan menggunakan kadar DA (kadar jimat).
- Bil penggunaan akan dihantar ke alamat email pengguna setiap bulan.
Taknak Guna Postpaid Sebab Takut Bil Melambung?
Jangan risau. ONEXOX BLACK bukan pelan POSTPAID seperti telco lain. ONEXOX BLACK adalah gabungan fungsi Postpaid & Prepaid (Hybrid) – membentuk sebuah kategori pelan mudah alih yang baharu dalam industri telekomunikasi.Untuk penggunaan lebih daripada kuota asal, pengguna perlu menambah Kredit Black (dengan cara topup seperti prepaid).
Pelan ONEXOX BLACK

ONEXOX Black Edisi Perak FC

Jika anda berminat untuk 'upgrade' atau tukar ke Pelan ONEXOX BLACK, anda boleh daftar melalui pengedar sah ONEXOX.