Setting APN ONEXOX

APN (Access Point Names) berperanan sebagai konfigurasi perantara yang menghubungkan peranti dengan pelayan (server) telco untuk capaian jalur lebar internet.

Sesetengah peranti yang menggunakan firmware terkini menyimpan database tetapan telco seluruh dunia. APN ini berubah secara automatik mengikut kad SIM telco yang dimasukkan ke dalam peranti.

Ada peranti menggunakan firmware yang tiada database APN, di mana peranti tersebut tidak boleh menentukan APN secara automatik selepas kad SIM dimasukkan.

Apabila ini berlaku, tetapan APN ini dengan sendirinya 'kosong' di mana peranti berkemungkinan gagal membuat sambungan internet atau internet kurang stabil.

Jadi, untuk membetulkan semula APN ini perlu dimasukkan secara manual dengan menetapkan nama pelayan (server) mengikut penyedia rangkaian telco yang digunakan.

Bagi pengguna telco ONEXOX, secara asasnya APN sudah tersedia daripada Celcom (kerana ONEXOX merupakan syarikat MVNO kepada Celcom). Dengan APN Celcom ini, pengguna ONEXOX sudah boleh melayari internet.

Namun, ONEXOX juga ada meyediakan tetapan APN yang tersendiri.

Setting APN untuk ONEXOX

Berikut adalah tetapan secara manual yang perlu dilakukan sekiranya peranti yang anda gunakan tidak dapat membuat tetapan APN secara automatik.

Android:
Settings > More > Mobile Network > Access Point Names > + (to add)

PILIHAN 1 PILIHAN 2
Name : XOX Name : XOX4G
APN : XOX APN : XOX4G

iOS / iPhone:
Settings > Mobile Data > Mobile Data Options > Mobile Data Network > APN

PILIHAN 1 PILIHAN 2
APN : XOX APN : XOX4G

Edit APN sedia ada, atau buat APN baru (Create new APN). Kemudian 'Save' dan aktifkan APN yang baru dibuat.

Disarankan restart phone setelah mengubah tetapan APN.


Panduan Setting APN ONEXOX

Anda juga boleh dapatkan Setting APN bagi sebarang model telefon dengan menghubungi talian Khidmat Pelanggan ONEXOX di nombor:

(Dari Talian XOX)

12273


(Dari Talian Telco Lain)

1300 888 010

 

Talian Khidmat Pelanggan ONEXOX
Hakcipta Terpelihara © ONEXOX PLAN
Anarm Network Resources (002975929-D)