Berita baik buat semua pengguna pelan ONEXOX BLACK (Postpaid). Mulai 24/09/2024, kuota data pelan ONEXOX BLACK telah ditingkatkan untuk semua pelanggan baru dan juga pelanggan sedia ada.

Peningkatan ini melibatkan penambahan kuota data tanpa sebarang kos tambahan. DATA BERTAMBAH, KUOTA BERGANDA, HARGA MASIH SAMA!

Peningkatan Data Pelan ONEXOX Black
Peningkatan Data Pelan ONEXOX Black

Bagi pelanggan baru, anda akan nikmati pelan yang ditambah baik ini sebaik sahaja pendaftaran berjaya. Manakala pelanggan ONEXOX BLACK sedia ada akan nikmati penambahbaikan ini pada kitaran bil yang seterusnya.

Peningkatan Kuota Data Pelan ONEXOX BLACK

Kuota data yang ditingkatkan untuk pelan ONEXOX BLACK adalah seperti di bawah:

Kategori Nama Pelan Harga Bulanan Kuota Data FUP
BLACK Plan MYSISWA35 RM35 Unlimited 90GB 150GB
B39DB RM39 60GB 150GB
B150 RM50 250GB 400GB
B89DB RM89 130GB 800GB
FC Plan TBG39
KDA39
NS39
SP39
KLC39
KC39
KU39
PNG39
RM39
Unlimited 60GB 150GB
TBG50 RM50 250GB 400GB
TBG89
KDA89
NS89
SP89
KLC89
KC89
KU89
PNG89
RM89 130GB 800GB
TBG150
RM150 250GB 1000GB

Nota penting:
  • Tiada penambahbaikan untuk pelan B10 (kuota kekal 3GB)
  • Pelan B39_PLUS20, B39_PLUS50, B59DB, TBG59 dan semua pelan FC150 telah dihentikan (kecuali TBG150). Penghentian hanya melibatkan pendaftaran baru.
  • Pelanggan sedia ada pelan yang telah dihentikan masih boleh menggunakan pelan tersebut seperti biasa tanpa sebarang gangguan. Tiada tambahan kuota buat masa ini.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dikemaskini untuk setiap pelan: