Cukai SST Dikecualikan untuk Perkhidmatan Prabayar

Kerajaan telah mengumumkan SST dikecualikan untuk perkhidmatan prabayar (prepaid) bermula 6 September 2018.

Dengan pembatalan cukai SST ini, bermakna pengguna ONEXOX Prepaid yang membeli tambah nilai (topup) akan menerima kredit sepenuhnya ke akaun mereka dan tidak ditolak jumlah kredit seperti beberapa hari kebelakangan ini.

Pengumuman ini semestinya menggembirakan ramai pengguna ONEXOX Prepaid seluruh negara. Sekaligus memudahkan proses pembelian dan tambah nilai untuk perkhidmatan prepaid yang digunakan.

Walau bagaimanapun, untuk pengguna warganegara asing yang menggunakan ONEXOX Prepaid, caj SST 6% dikekalkan. Namun, penolakan kredit hanya akan dibuat selepas 24 jam.

Tiada sebarang rebat akan diberikan.

SST untuk ONEXOX BLACK

Bagi pelan ONEXOX BLACK, caj SST 6% akan dikenakan. Caj ini dikenakan bagi setiap perkiraan bil bulanan sahaja. Bagi pembayaran pertama (Advance Payment) tiada sebarang caj SST dikenakan.

Berikut contoh kaedah kiraan SST untuk pelan Black:

ONEXOX BLACK B10

  • Caj Bulanan: RM10
  • SST: RM10 X 6% = RM0.60
  • Jumlah Bil Perlu Bayar = RM10.60

ONEXOX BLACK B39_PLUS20

  • Caj Bulanan: RM59
  • SST: RM59 X 6% = RM3.54
  • Jumlah Bil Perlu Bayar = RM62.55 (digenapkan)

ONEXOX BLACK B39_PLUS50

  • Caj Bulanan: RM89
  • SST: RM59 X 6% = RM5.34
  • Jumlah Bil Perlu Bayar = RM94.35 (digenapkan)

ONEXOX BLACK B39

  • Caj Bulanan: RM39
  • SST: RM39 X 6% = RM2.34
  • Jumlah Bil Perlu Bayar = RM41.35 (digenapkan)

ONEXOX BLACK B59

  • Caj Bulanan: RM59
  • SST: RM59 X 6% = RM3.54
  • Jumlah Bil Perlu Bayar = RM62.55 (digenapkan)

ONEXOX BLACK B89

  • Caj Bulanan: RM89
  • SST: RM59 X 6% = RM5.34
  • Jumlah Bil Perlu Bayar = RM94.35 (digenapkan)

ONEXOX BLACK TBG150

  • Caj Bulanan: RM150
  • SST: RM150 X 6% = RM9.00
  • Jumlah Bil Perlu Bayar = RM159.00 (digenapkan)

  Daftar Simkad ONEXOX