Bermula 1 Oktober 2025, pelan prabayar ONEXOX (pelan lama) akan dinaik taraf secara automatik kepada pelan prabayar ONE-X (pelan baharu) secara berfasa.
Dengan penaiktarafan ini, anda akan menikmati pelan data terkini dan pelbagai kelebihan yang ditawarkan di bawah pelan prabayar ONE-X.
Penaiktarafan ini terhad kepada pelanggan terpilih sahaja.
Semak kelayakan anda di sini: https://onexox.my/statuschecker

Kekalkan Pelan Prabayar ONEXOX Anda
Sekiranya anda ingin mengekalkan pelan sedia ada atau meneroka pilihan lain, sila ambil tindakan sebelum 1 Oktober 2025 dengan memilih salah satu daripada langkah berikut:
- Tambah nilai minimum RM30 untuk mengekalkan pelan prabayar ONEXOX anda
- Tukar pelan prabayar kepada mana-mana pelan pascabayar ONEXOX yang tersedia
- Berpindah ke telco lain (MNP)
Jika tiada tindakan diambil sebelum tarikh tersebut, kami akan menganggap anda bersetuju untuk dinaik taraf ke pelan prabayar ONE-X.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Khidmat Pelanggan XOX di talian:
12273
(call dari nombor XOX)
1300 888 010
(call dari nombor telco lain)
Atau email kepada:
enquiries@xox.com.my
Terima kasih atas sokongan anda, dan kerana terus memilih XOX sebagai rakan telekomunikasi anda.
Belum jadi pengguna?
Dapatkan simkad ONEXOX sekarang!
