CYBERJAYA, 3 Disember 2019 — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini meraikan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia dalam majlis Star Rating Award 2018 yang telah berlangsung di Cyberjaya.

Anugerah Star Rating ini adalah satu pengiktirafan kecemerlangan prestasi pihak penyedia telekomunikasi bagi tahun taksiran 2018 berdasarkan kepada empat (4) parameter iaitu kepuasan pelanggan, kualiti perkhidmatan, pelaburan rangkaian dan pematuhan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, dengan penekanan kepada aspek kepuasan pelanggan yang membawa pemarkahan tertinggi.

Majlis yang dianjurkan buat kali kedua ini bertujuan untuk mengiktiraf perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi kepada pengguna di samping menyemai budaya kualiti kecemerlangan dan menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan mereka.

XOX Operator Rangkaian Maya Selular (MVNO) Terbaik

Dalam majlis Star Rating Award 2018 ini, XOX Com Sdn Bhd telah memenangi kategori Penyedia Perkhidmatan Rangkaian Maya Selular Terbaik (Best MVNO).

XOX Best MVNO Star Rating Award 2018

XOX Best MVNO anugerah Star Rating Award 2018

Senarai Pemenang Star Rating Award 2018

Selain XOX, syarikat lain seperti Digi Telecommunications Sdn Bhd, TT Dotcom Sdn Bhd, Celcom Axiata Berhad, U Mobile Sdn Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd dan Webe Digital Sdn Bhd turut memenangi anugerah kategori masing-masing di Star Rating Award 2018.

KATEGORI ANUGERAHPEMENANG / SYARIKAT
Penyedia Perkhidmatan Selular Awam Terbaik (MNO)Digi Telecommunications Sdn Bhd
Operator Rangkaian Maya Selular Terbaik (MVNO)XOX Com Sdn Bhd
Perkhidmatan Capaian Jalur Lebar Berbayar TerbaikTT Dotcom Sdn Bhd
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TerbaikCelcom Axiata Berhad
Kepuasan Pelanggan TerbaikDigi Telecommunications Sdn Bhd
Kualiti Perkhidmatan TerbaikDigi Telecommunications Sdn Bhd
U Mobile Sdn Bhd
Pelaburan Rangkaian TerbaikMaxis Broadband Sdn Bhd
Pematuhan kepada AKM 1998 TerbaikWebe Digital Sdn Bhd

Pemenang Star Rating Award 2018

Tahniah diucapkan kepada XOX! Terima kasih kepada para pelanggan dan teruskan menyokong XOX di masa akan datang.

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

  Daftar Simkad ONEXOX