Paparan Semakan Baki ONEXOX Black Dikemaskini

Bermula 9 Januari 2019 (9:00am), ONEXOX telah memperkenalkan paparan terbaru semakan baki untuk pakej ONEXOX Black melalui kod USSD *150# dan melalui SMS ke 22111 / 23388.

Sebelum ini, ramai pengguna ONEXOX Black mengadu agak keliru dengan paparan semakan baki. Dengan paparan terbaru yang telah dikemaskini, diharap pengguna ONEXOX Black akan mudah faham dengan status akaun masing-masing.

Berikut adalah perbezaan antara paparan semakan baki yang lama dan paparan terbaru.

1. AMOUNT DUE BLACK

Pengiraan 'Amount Due' terbaru lebih mudah difahami dan lebih menyeluruh.

Cara pengiraan jumlah Amount Due =
(Komitmen Bulanan + Caj Semasa + Amaun yang belum dibayar) - Bil yang telah dibayar.

Pengiraan Amount Due ONEXOX Black

2. TARIKH KITARAN BIL

Tarikh kitaran bil ditukar kepada tarikh sehari sebelum kitaran sebenar. Jika bil pengguna pada 03/02/2019, paparan baharu akan menunjukkan 02/02/2019.

Ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna tahu bila tarikh akhir pembayaran bil perlu dibuat.

Tarikh pembayaran bil ONEXOX Black

3. TARIKH & MASA SEMAKAN BIL

Maklumat baki terkini akan dikemaskini berdasarkan tarikh dan masa pengguna membuat semakan bil ONEXOX Black.

Tarikh dan masa semakan bil ONEXOX Black

NOTA PENTING : Semua caj yang dipaparkan belum termasuk SST 6%.

Caj SST 6% akan dikembalikan dalam bentuk Minit Panggilan.
 

Talian Khidmat Pelanggan ONEXOX
TOPUP | BLOG | FAQ | PANDUAN PENGGUNA
© Hakcipta Terpelihara · ONEXOX PLAN