Apa Itu Voopee

VOOPEE adalah aplikasi mudah alih pertama yang menawarkan perkhidmatan GSM mudah alih penuh TANPA-SIM (Virtual Number). Ianya adalah gabungan pengendali mudah alih dan aplikasi, serta ciri cross-platform yang membolehkan anda menggunakannya untuk berhubung dengan orang tersayang walaupun anda berada di luar negara (tanpa caj 'roaming').

Voopee dikembangkan secara bersama oleh XOX Media (anak syarikat XOX BHD) dan E-Horizon Pte Ltd. Ia dilancarkan secara rasmi pada tahun 2012.


Identiti Sebenar

  • Nombor Mudah Alih sebenar yang disediakan oleh XOX MOBILE
  • Tak perlu pertukaran pengendali mudah alih untuk mendapatkan Nombor Voopee
  • Percuma apabila mendaftar dan tiada kad SIM fizikal diperlukan

Panggilan dan SMS

  • Aplikasi percuma untuk Panggilan & SMS tanpa had
  • Boleh terima Panggilan & SMS dari nombor bukan VOOPEE (Non-VOOPEE)
  • Membuat Panggilan & SMS keluar ke nombor bukan VOOPEE (Non-VOOPEEe)

Kadar Tempatan

  • Dengan VOOPEE anda dapat nikmati kadar 10sen/minit panggilan ke mana-mana talian tetap Malaysia dan mudah alih di mana-mana, pada bila-bila masa
  • Panggilan VOOPEE-ke-VOOPEE adalah Percuma!

Bagaimana Untuk Dapatkan Nombor VOOPEE

  1. Download aplikasi VOOPEE melalui Google PlayStore / App Store
  2. Daftar akaun VOOPEE dengan nombor telefon anda
  3. Pilih nombor VOOPEE secara percuma dari senarai nombor virtual yang diberikan
  4. Kemudian anda boleh gunakan nombor tersebut untuk Panggilan & SMS ke mana-mana nombor

Kelebihan Utama VOOPEE?

KOMUNIKASI LANCAR

Dapat menghubungi dan dihubungi oleh mana-mana nombor termasuk pengguna Bukan Voopee.

SMS OVER INTERNET

Boleh digunakan untuk menerima SMS kod TAC, kod OTP melalui Nombor Voopee.

PANGGILAN SUARA BERKUALITI TINGGI

Nikmati kejelasan panggilan suara walaupun anda sedang berada di luar negara.

FORWARD PANGGILAN KE NOMBOR VOOPEE

Forward panggilan anda ke Voopee apabila berada di luar negara untuk terus berhubung.

TIADA CAJ PERANTAUAN

Hanya RM0.10/minit panggilan ke mana-mana nombor Malaysia di mana sahaja, bila-bila masa.

KAEDAH TOPUP MUDAH

Topup kredit melalui Kad Topup XOX, In-App, Perbankan Dalam Talian, XOX Selfcare.



Download aplikasi VOOPEE sekarang!

 
Talian Khidmat Pelanggan ONEXOX
FAQ / Topup / Panduan Pengguna / Blog
© ONEXOX PLAN. Hakcipta Terpelihara.