Panduan Asas ONEXOX

Selepas Menerima Simkad

  • Masukkan simkad ONEXOX ke dalam slot SIM telefon bimbit anda.
     
  • Dail *132# untuk semak status simkad sama ada telah "Active" atau belum.
     
  • Bagi pengguna yang membuat pertukaran ke ONEXOX dengan cara MNP (Kekal Nombor Lama), tunggu sehingga proses MNP siap terlebih dahulu sebelum simkad dimasukkan ke dalam slot SIM telefon bimbit anda. - (Hubungi pengedar yang membuat urusan MNP).
     
  • Rujuk info dalam pamplet.
     
  • Pastikan anda buat tetapan 10 nombor Rakan & Family untuk kadar Panggilan & SMS yang rendah ke semua rangkaian.

Pendaftaran Akaun SELFCARE XOX

Anda digalakkan untuk membuat pendaftaran akaun SelfCare di website www.onexox.my

SELFCARE :

  • Di Selfcare anda boleh menyemak profil anda
  • Membuat semakan baki
  • Menyemak bil penggunaan anda
  • Tambah nilai secara online melalui online banking Maybank2U / CimbClicks / lain-lain
  • Melanggan pelan internet

BACA : Cara Daftar Akaun Selfcare ONEXOX

Download Aplikasi XOX BLACK

"XOX BLACK" menyediakan fungsi yang sama seperti Selfcare XOX tetapi dalam bentuk aplikasi telefon pintar (smartphone).

Download Aplikasi XOX BLACK



Easy Menu *150#

Easy Menu *150# memudahkan lagi penggunaan simkad ONEXOX untuk :
  • Semak baki
  • Tambah Nilai / Topup
  • Langgan Internet
  • Tetapan Friend & Family (FnF)
  • Pindah Kredit

Manual Ringkas & Tambah Nilai

  • Semak baki > SMS: BAL hantar ke 22111 atau *132# Call
  • Topup: *132*1*PinCode16Angka# > CALL
  • Topup boleh didapati di 7Eleven / stesen minyak / ePay / MOL / online / Dealer ONEXOX
Saluran Topup ONEXOX

Pembahagian Akaun DA & MA

  • Pembahagian akaun DA & MA adalah keterbezaan rangkaian ONEXOX dengan lain-lain telco di pasaran.
     
  • Jika penggunaan anda lebih kepada Call & SMS, disarankan untuk membuat tambah nilai sekurang-kurangnya RM30 atau RM50 sekaligus kerana pembahagian ke akaun DA lebih banyak dan anda akan dapat nikmati lebih penjimatan.
     
  • Rujuk pamplet untuk tambah nilai dan pembahagian akaun DA & MA.

Pembahagian akaun DA - MA ONEXOX

Tetapan 10 Nombor Rakan & Famili

  • Untuk lebih penjimatan, anda digalakkan untuk membuat tetapan 10 nombor Rakan & Famili ke MANA-MANA RANGKAIAN (Celcom / Maxis / Digi / Umobile / Altel / lain-lain termasuk talian tetap TM).
     
  • Tetapan nombor Rakan & Famili - SMS: FNF ADD 012xxxxxxx hantar ke 22111
     
  • Semak senarai tetapan SMS: FNF LIST hantar ke 22111
     
  • Hapuskan nombor tetapan SMS: FNF DEL 012xxxxxxx hantar ke 22111
     
  • Atau boleh juga buat tetapan FNF melalui Easy Menu *150#

Langganan Data Internet

  • Langganan data internet boleh dibuat melalui Easy Menu *150#
     
  • Caj langganan data akan ditolak dari kredit dalam akaun MA terlebih dahulu.
     
  • Jika baki di akaun MA tidak mencukupi, sistem akan ambil kredit di akaun DA secara auto.
     
  • Tunggu sehingga SMS makluman diterima.
     
  • Pastikan tetapan data internet dalam telefon bimbit anda telah diaktifkan dan juga Tetapan APN menggunakan nama "XOX" (sesetengah telefon bimbit tak perlu).
     
  • Jika gagal untuk melayari internet, cuba off & on semula telefon bimbit anda dan jika masih tidak berjaya, sila hubungi khidmat pelanggan 12273 untuk bantuan.

Pelan Data Internet SEASON PASS :

ONEXOX SEASON PASS



Tahniah kerana anda bijak memilih rangkaian yang memberi lebih penjimatan kepada pengguna.

Baca : Panduan Pengguna ONEXOX

 

Talian Khidmat Pelanggan ONEXOX
Hakcipta Terpelihara © ONEXOX PLAN
Anarm Network Resources (002975929-D)