PENGGUNA PREPAID / PRABAYAR
  
  
    - Nombor dah digunakan lebih 30 hari (tempoh kontrak) dan masih aktif.
 
- Maklumat akaun penama / pemilik nombor mesti sama 100% seperti maklumat pendaftaran di telco asal.
 
- Tempoh sah kredit masih aktif dan boleh buat panggilan / call keluar. Jika kredit expired, minta topup sekurang-kurangnya RM5 untuk aktifkan semula tempoh sah.
 
 **Baki kredit yang ada dikira lupus setelah siap proses MNP (hanya nombor sahaja dipindahkan).
 
- Bila proses MNP dah dibuat, pengguna akan menerima SMS daripada telco asal untuk tujuan pengesahan port out. SMS perlu dibalas dengan segera.
 
- Proses MNP mengambil masa antara 1-5 hari waktu bekerja (bergantung pada kelulusan dari pihak telco asal).
 
 
  
    
PENGGUNA POSTPAID / PASCABAYAR
  
  
    
      - Nombor tak terikat apa-apa kontrak dengan telco asal dan akaun masih aktif.
 
 Jangan terminate akaun!
 Akaun yang dah terminated (tamat perkhidmatan) tak boleh digunakan lagi.
 
- Maklumat akaun penama / pemilik nombor mesti sama 100% seperti maklumat pendaftaran di telco asal.
 
- Bayar semua bil semasa termasuk tunggakan (jika ada).
 
- Pisahkan akaun jika ada nombor lain dalam akaun yang sama (supplementary line yang tak nak MNP). Tak perlu pisahkan akaun jika nak MNP kesemua nombor.
 
- Bila proses MNP dah dibuat, pengguna akan menerima SMS daripada telco asal untuk tujuan pengesahan port out. SMS perlu dibalas dengan segera.
 
- Proses MNP mengambil masa antara 1-5 hari waktu bekerja (bergantung pada kelulusan dari pihak telco asal).
 
 
  Sila patuhi syarat-syarat 
MNP yang telah dinyatakan bagi memudahkan pengedar membuat urusan MNP dan permohonan MNP dapat diproses tanpa sebarang isu.