1GB Data Harian Percuma | Umum sedia maklum bahawa Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bantuan data harian secara percuma kepada rakyat Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Oleh itu, bermula 1 April 2020 sehingga 9 Jun 2020, semua pengguna data ONEXOX akan menerima 1GB data secara percuma setiap hari.

1GB ini akan diberikan menggunakan konsep "Tebus / Redeem" melalui aplikasi XOX Black atau USSD *150#⁣

1GB Data Harian Percuma
1GB Data Percuma setiap hari dari 8 pagi – 6 petang

Terma & Syarat 1GB Data Harian Percuma

  • 1GB untuk kegunaan 8AM hingga 6PM.⁣
  • Layak diterima oleh pengguna ONEXOX Prepaid, BLACK & Nusantara Mobile.⁣
  • Status talian mestilah AKTIF.⁣
  • Mempunyai PELAN DATA yang SEDANG AKTIF.⁣
  • Penebusan SEKALI sahaja dalam tempoh 1GB Data Harian Percuma.⁣
  • 1GB percuma akan dikreditkan secara automatik pada hari-hari seterusnya.⁣
  • Selepas penebusan, data 1GB percuma akan digunapakai sehingga habis, kemudian barulah data sedia ada digunakan.⁣
  • 1GB percuma yang tidak habis digunakan akan lupus selepas 6PM.

Contoh Situasi

(ONEXOX BLACK)

En. Zamri pengguna pelan ONEXOX Black B39. Kitaran bil pada 1hb setiap bulan. Pada 8AM 1 April 2020, En. Zamri telah menebus 1GB melalui aplikasi XOX Black dan menggunakan 20% daripada 1GB tersebut sehingga 1PM.

Pada 1PM, akaun B39 En. Zamri di 'Barred' kerana tiada pembayaran selama 2 bulan berturut-turut. Disebabkan itu, En. Zamri secara automatik tidak boleh menggunakan baki 80% 1GB tersebut.

Namun pada jam 2PM, En. Zamri membuat pembayaran penuh lalu akaun B39 tersebut diaktifkan semula. Oleh yang demikian, pada jam 2PM, En. Zamri boleh kembali menggunakan baki 80% daripada 1GB tadi sehingga jam 6PM.

(ONEXOX PREPAID)

Cik Misha melanggan data harian DAILY FAT 1GB bernilai RM3 yang akan tamat pada jam 10AM 1 April 2020. Pada 8AM 1 April 2020, Cik Misha telah menebus 1GB melalui USSD *150# dan menggunakan 5% daripada 1GB tersebut sehingga 10AM.

Pada jam 10AM, Daily FAT beliau telah tamat tempoh, dan secara automatik penggunaan 1GB percumanya juga akan terhenti.

Bagaimanapun, Cik Misha telah melanggan semula DAILY FAT yang baharu dan terus boleh menggunakan baki 95% daripada 1GB percuma yang ditebusnya pagi tadi sehingga 6PM.

Cara Tebus 1GB Data Harian Percuma

1GB Data Harian Percuma ini boleh ditebus melalui aplikasi XOX Black atau Easy Menu *150#

SALURAN LANGKAH-LANGKAH
Aplikasi XOX Black 1 – Buka aplikasi XOX Black
2 – Klik "Free 1GB Data"
3 – Pilih nombor phone untuk tebus data
4 – Klik "Redeem now"
USSD (Easy Menu) 1 – Dail *150#
2 – Pilih [More]
3 – Pilih "Daily Free 1GB"
4 – Pilih "Redeem now"



Sebarang persoalan lanjut boleh hubungi Khidmat Pelanggan ONEXOX di talian 12273