Topup / Bayar Bil melalui XOX FAST dan Dapatkan Data Percuma 1GB

Dapatkan Data Percuma 1GB apabila anda membuat bayaran topup / bil secara online melalui XOX FAST (Fast And Simple Transaction). Kempen "Jom Dapatkan Data Percuma" ini terbuka kepada semua pengguna ONEXOX — Prepaid dan Black.

Jom Dapatkan Data Percuma 1GB

Bilakah tempoh kempen "Jom Dapatkan Data Percuma" ini?

Kempen ini bermula dari 18 Disember 2018 — 18 Januari 2019.

Bagaimana cara untuk dapatkan data percuma ini?

Anda boleh dapatkan data percuma dengan hanya membuat bayaran topup / bil minimum RM50 (sekaligus) melalui XOX FAST.

Berapa banyak data yang akan saya dapat untuk pembayaran topup / bil RM50?

Anda akan dapat Data Percuma 1GB

Adakah saya akan dapat data lebih daripada 1GB jika saya topup / bayar bil lebih daripada satu kali RM50?

Tidak. Data percuma 1GB SAHAJA akan diberikan dengan bayaran topup / bil sekurang-kurang RM50.

CONTOH:

Peserta Bayaran Topup / Bil Melalui XOX FAST Data Percuma
A RM30 Tidak layak
B RM50 1GB
C RM59 1GB

Bolehkah saya topup RM50 beberapa kali untuk dapatkan data percuma berganda?

Tidak. Setiap pelanggan hanya berhak untuk SATU data percuma 1GB dalam masa 7 hari.

Bolehkah saya topup lagi RM50 selepas 7 hari dan dapatkan data percuma?

Boleh! Para pelanggan yang ingin dapatkan data percuma 1GB lagi hanya perlu topup / bayar bil RM50 (minima) melalui XOX FAST, SELEPAS 7 hari, berdasarkan tarikh topup sebelumnya.

CONTOH:

Peserta Tarikh Topup / Bayar Bil Jumlah Data Percuma
A Pertama 18 Disember 2018 RM50 1GB
Kedua 24 Disember 2018 RM50 Tidak layak
Ketiga 25 Disember 2018 RM50 1GB
Keempat 31 Disember 2018 RM50 Tidak layak


Peserta Tarikh Topup / Bayar Bil Jumlah Data Percuma
B Pertama 18 Disember 2018 RM50 1GB
Kedua 25 Disember 2018 RM50 1GB
Ketiga 4 Januari 2019 RM50 1GB
Keempat 18 Januari 2019 RM50 1GB

Adakah terdapat tarikh luput untuk data percuma ini?

Tidak! Tiada tarikh luput dan data yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan! Untuk pelanggan ONEXOX Prepaid, data akan disimpan dalam kaunter Season Pass.

Bagaimanakah saya akan tahu jika saya mendapat data percuma?

SMS akan dihantar kepada anda apabila data PERCUMA 1GB dikreditkan.

Bolehkah saya menggunakan XOX FAST untuk topup / bayar bil bagi nombor ONEXOX yang lain?

Ya, boleh! Hanya perlu masukkan nombor telefon orang yang anda ingin topupkan atau bayarkan bil.

Adakah saya akan dapat data percuma bila topupkan / bayarkan bil untuk nombor ONEXOX lain menggunakan XOX FAST?

Tidak. Hanya nombor yang anda topup / bayar bil akan dapat data percuma jika memenuhi terma dan syarat kempen "Jom Dapatkan Data Percuma" ini.

Jom Dapatkan Data Percuma 1GB
 
Talian Khidmat Pelanggan ONEXOX
FAQ / Topup / Panduan Pengguna / Blog
© ONEXOX PLAN. Hakcipta Terpelihara.